Sunday, December 5, 2010

Pengalaman Cuti Sekolah

Haaaa, tajuk macam nak amik UPSR je gayanya...keh keh keh

Lepas ni kalau adik-beradik aku kata depa tak pi berjalan-jalan lagi time school holiday,memang aku cium mulut depa sorang-sorang (macam luchh je)...hehehe

Rabu lepas adik kesayangan aku konvo.Tahniah diucapkan. Abeh jugak dia belajar. Alhamdulillah.

Untuk menuju ke tempat konvo beliau, aku perlu drive sejauh 358km. Aku keluar rumah kul 9.30mlm 30 November. Demi konvo beliau,aku sanggup tinggalkan Asmara Episod Akhir (kawan aku kata mujur aku tak tgk sebab tak best ending dia). Sumpah Shah Alam tu jauh. Macamana la abang bas yang dok bawak aku pi dulu2 tu haaa?( eh, abang bas tak patut masuk dalam cerita ni)....Perjalanan dari SP ke Shah Alam mengambil masa 2 bulan. Tak percaya?Naik kapal laut ke apa? Aku naik kereta OK. Aku pandu BMW X3 atok aku... OK, aku bertolak Bulan November, aku sampai December...Haaa,2 bulan la tu.Hehehehe...Ada potensi untuk diculik oleh team Raja Lawak dak?

Adik aku selalu kata aku tak bawak dia jalan-jalan sebab aku keje 7 hari seminggu non-stop.Maka aku ambil kesempatan ni untuk bawak depa round2 Malaysia. Nah, amik kau...aku bawak round Malaysia. Hehehehe, tak round pun. Sekitar Malaysia je. Aku cover 6 negeri untuk holiday kali ni.

Kedah
Aku bawak depa pi makan kat Zack Ciptarasa. See, jauh kan dari tempat aku? Hehehehe...

Penang
Berhenti kat Juru. Saja nak lena jap. Sempatlah depa tengok panorama kat Juru. Haaaa, best tau Juru. Ada autocity.

Selangor
Kitorang pegi konvokesyen. Pastu jalan-jalan melawat i-City. Tak cukup dengan tu  aku bawak depa pi Klang.Jumpa cuzin aku kat sana.
Pi melawat cuzin lain pulak kat Bangi. Akibat pi Bangi: aku nak beli handphone touch screen + proton satria. Haaa, stress bila fikir pasal kereta dan henpon ni.

Kuala Lumpur...
Ecece, pi Jalan TAR. Shopping brooch je sampai RM50.00. Tak masuk tudung+kain...Nama pun perempuan kan. Soping is her middle name. Nah kau!

Perak-Pahang
Destinasi ni sumpah tak masuk dalam list plan aku. Hehehehe...Cameron Highland. Konon dok sembang-sembang je.Alih-alih terpusing stereng ke Tapah lalu memecut menuju puncak. Serius waktu drive naik Cameron ni,aku nyanyi lagu AF tu..Perghhhh,feel dia memang takleh nak interprate.Apa kau merapu ni? Konon nak shopping stoberi je,sekali bila dah jumpa lubuk soping,sayur-mayur pun abeh dirembat. Dan yang paling best, ada terasa macam jadi Yoo-Rin (My Girl) sebab boleh makan ubi madu. 

Percutian kali ni menyebabkan Fendy muntah-muntah separa berat. Dan adikku...hehehehe...terkena sumpahan Yoo-Rin...Dia demam sampai muntah hijau.

Itulah yang dikatakan percutian mencabar namanya...Keh keh keh...tabah ye adikku....To abang, thank you sebab jadi Tuan Gabenor Cop Duit naaa...Hehehehehe...

P/S: Adik..jom makan sotong goreng tepung.... Keh keh keh

E.N.D

Wednesday, October 13, 2010

Cayang Adik

Hari ni episod nak puji diri sendiri.

Betapa aku ni seorang yang penyayang...hik hik hik.
Aku ada 3 orang adik.2 yang rapat. 1 si Jenny.Yang ni dah besaq dah. Dah boleh kawin (ok,sang jejaka yang ensem,sila beratur utk ambil borang ye,25 tahun ke bawah ye.Jika 26 ke atas,sila isi borang utk mengisi kekosongan hati saya)..Sorang lagi Si Ensem Boy,Dann.

Jenny sekarang dah keje. Aku ni kalau boleh nak guna tongkat sakti aku untuk tukar opis dia letak sebelah rumah. tapi apakan daya,tongkat takde bateri. Kesian kat dia keje penang,jenuh dok ulang alik penang - sp.kalau naik kete takpelah,ini naik kenderaan rasmi suria baja hitam. ish,tiap-tiap pagi jantung aku berdegup kencang. Petang pun sama. Takut jadi apa-apa kat adik aku.

Demi Jenny jugak,aku cuba kawal perasaan supaya tak buka FB malam-malam sebab malam je time kami jumpa (ish,macam laki bini je). Kalau buka FB, Jenny marah...tettttttttttt! Ye la,FB kan sejenis virus.boleh rosakkan hubungan sesama manusia malah mampu meruntuhkan institusi kekeluargaan. 

Hari tu hazelnut Jenny jatuh!
hAzELnUT...

Adoi...tiba-tiba aku rasa nak tukaq kerja. Nak pi cari kerja yang dapat gaji RM7,500 sebulan.Aku menggeletar nak beli hazelnut baru kat Jenny. Tapi,disebabkan gaji sekarang yang */$&^%#, maka aku just boleh tolong tenangkan perasaan dia je.Aku hanya mampu berjanji untuk tolong support je,kalau 100% sponsor,kena tunggu lagi 3 bulan la jawabnya. Aku tak boleh tengok si Jenny stress.Nanti aku pun stress jugak. Stress kan....? Ye la, dia je teman yang aku ada sejak kecik. OK, Itu pasal Jenny....

Pasal si Dann ni pulak......
Budak ni, kalau dok dengan aku,dia jadi lemau. Konon mandat anak bongsu sangat berkuasa. Dan aku? Aku turut je segala wish dia. Best tak? Siapa nak jadi adik aku,sila angkat tangan.

Ada 1 malam ni,aku pi lawat Dann kat rumah atuk dia. Terkujat beruk aku tgk keadaan basikal beliau.Basikal beliau dah jadi seperti Transformers yang cedera dalam pertempuran hebat dengan Megatron. Setelah disiasat,aku hampir naik angin,tapi aku control sbb pertemuan ini hanya singkat.So aku tamau kacau mood. Namun, iman aku senipis kulit bawang.Maka aku marah dia dengan nada lemah lembut. Ya,benar...dengan lemah lembut. Dan...dan lagi...si Dann ni hati tisu,dia menangis dengan ayunya...tanpa suara. Korang faham x apabila seorang lelaki macho nangis dengan ayu maknanya mereka ada riak menyesal. Maka,baru aku sedar,hati ku juga tisu,maklumlah kami kan adik beradik. Maka aku dengan beraninya mengambil risiko...

"Tak pe, nanti ang pi tanya apek beskat tu berapa kos repair beskat ni dengan beskat lama ang. Nanti bagitahu akak harga dia,akak bagi duit" - gila aku ni...kos untuk repair BMX bukan murah. dan kos untuk build beskat mini juga tidak murah. 
Beskat Dann before bertempur dengan Megatron



 Kalau angpa nak tau beskat mini tu apa,BMX tu apa, google je.Nanti dapat arr info pasai beskat tu. 
Ni mini (kata dann)

Ni pun mini jugak,tapi kalau mini ni yang Dann mintak,gambar ni je la yang aku bagi kat dia....
Si Jenny pon terkujat dengar cadangan aku. Dan aku tak de masalah kekurangan kecerdikan iq...aku heret Jenny bersama dalam kancah masalah ini. Akhirnya Jenny sanggup jadi co-sponsor beskat tu....

Time dalam kereta on the way balik rumah, Jenny pon kata macamni:
J: Agaknya nanti kalau Dann tu da besaq,ada kereta Swift...tiba-tiba kereta dia rosak. pastu dia habaq kat kita,mesti kita beli Lancer kat dia kan?
Aku: kih3,mungkinla...aku tak sanggup tengok perahan tisu dia...sayu arrr
J: hehehehe...itu arrr,hati tisu mamat ni,alih2 kita kopak....

Hehehehe...best tak family aku? haru kan?

P/S: estimated cost for mini is RM80.00....Jenny,be ready....

E.N.D

Sunday, September 12, 2010

Perihal Raya

Selamat hari raya aidilfitri.Maaf zahir dan batin...

Macamana hari raya korang? Aku celebrate raya dengan gembiranya bersama abang dan adik terchenta. Kakak aku? Dia balik rumah mertua. Orang ada mertualah katakan...Happy kah raya aku? Takdelah happy sangat. 

Raya pertama:
Of course tersayat hati dikala orang sibuk bersalam-salaman dengn parents masing-masing,tapi aku just salam adik-beradik dan pinjam tangan parents member untuk lepas gian. Senget kan?

Pagi-pagi raya aku terlewat bangun. Terbabas sebab penat menghasilkan seni karya agung - Ketupat Palas dan hidangan santapan rasmi kerajaan Teratak Hijau - Rendang Daging. Ye! Mesti daging,kalau bukan daging,maka rendang takkan ditumis.Ha ha ha ha .....

After solat sunat Aidilfitri, aku ngn siblings yang lain bergerak bertiga dengan memulakan langkah dengan kaki kanan,kami menuju ke destinasi yay! yay! (dengan gaya CT buat konsert). Menuju ke pusara bonda...Uih selalu aku pi pusara sunyi sepi je. Just ada Pak Long - penjaga kubur dan cucunya sahaja. Tapi pagi raya sangat best, ramai orang kat kubur. Semoga semua roh dicucuri rahmat di pagi Syawal yang indah ini.

Balik dari pusara, on the way driving ke Intan Height, tengok-tengok rambut brother aku yang ensem tu dah macam zaman the beattles.Ish,gugat kehenseman beliau je aku tengok. Mujur la Count Shankar bukak kedai pagi-pagi raya. Aku pun dengan gaya model Buasana Muslimah-dengan menggayakan sepasang kurung biru tudung sedondon buat grand entrance kat kedat tersebut...Selepas 15 minit....TAADAAAA!!!!  Rambut brother the hero dah kemas.

Sampai rumah, tetamu mula datang (ececeh,macam ramai je...) 2 family...First family jiran aku, second best friend aku ngn bini dia...Habis solat Jumaat, aku bertolak ke Pearl Island. Menziarahi pusara Abah the Daddy pulak...Selesai menziarah, pi la lawat makcik and atuk sedara. Aku datuk betul memang dah takde. Kiranya memang 'real 3 kara' la aku adik-beradik...Dahla mak abah takde, suami pun takde, boyfriend pun takde. Haishhhh....nak kena cari calon dengan kadar segera nih...Ardd, jangan merapu ok! 1 Malaysia baca nih....

On the way ke Pondok Upeh...Korang boleh bayang tak keadaan jalan ke Balik Pulau? Lebih kurang naik Cameron laaa,tapi takde la panjang macam pegi Cameron. Ada sebijik kereta ni...No plate : PE* 7**5. Jenis hebat dah...Proton Perdana. Mengikut pengalaman aku sebagai pemandu F6, kereta tersebut mempunyai sistem pecutan,ketahanan dan keselamatan yang baik. Namun, pemandu kereta terbabit...haisshhh, terlalu obses dengan OPS SIKAP XXII barangkali, dia drive 15km/j..Ya! 15km/j....Aku rasa macam nak call driver tersebut namun apakan daya, takde nombor telefon beliau. Bukannya apa, dia menyusahkan pengguna lain. Susah kitorang nak drive.Ok, habis sebabak.

Babak seterusnya...Pi makan kat restoran mamak femes ni...Restoran Kayu Bukit Jambul. Dah lama tak pekena nasi kandar kat situ, maka nak pi lepas gian la ni...Aku and adik aku ambil lauk yang memang femes kat situ - ayam madu...Sedap...Akibatnya: (bersambung)

Before that, aku tamatkan hari raya first aku dengan melawat rumah mertua tak jadi...hik hik....makan-makan nom nom nom, sembang-sembang pastu balik...

Raya kedua:
Sambungan....
Aku tak keluar beraya di hari raya ke-2. Aku kena attack cirit-birit, Strausss kan? Seharian tidur je. Adik aku pun sama. Tapi ketahanan fizikal dia tinggi sikit dari aku. Takdela merengek memanjang macam aku.


Raya ketiga:
Raya ke-3...Semua orang tunggu depan TV. Bukan tunggu konsert CT, tapi tunggu berita...

1) Nak tahu keadaan lalulintas kat atas jambatan Pulau Pinang-dah OK ke belum sebab kabel terbakar (dengar2 macam dah ok)

2) Kes Sosilawati Lawiyah. Kes ni memang sedih. Aku dah agak ended macam ni. Dia orang kaya, mesti ada orang tak puaih hati. Aku harap mahkamah menjatuhkan hukuman yang equivalent and equitable pada pesalah terbabit. Binatang pun tak macam tu (binatang tak reti bakar mangsa)...Takziah kepada semua ahli keluarga beliau dan rakan-rakan.

Itulah antara coretan raya aku setakat raya ke-3.

Yang pasti lepas ni aku dah boleh online guna handphone 3310 aku.thanks to Justkhai sebab bagi guidelines guna Opera Mini. Maxis dah beramal jariah kat yatim piatu dah.Bagi aku online free. Hehehehe

OK...Selamat Hari Raya. Maaf zahir dan bati kalau ada tersilap kata, tersalah laku, terlebih atau terkurang,minta halal makan minum ye. Sorry kot sebab blog aku ada menyinggung perasaan korang-korang yang membaca.

p/s: ish,best pulak post blog guna keyboard baru...hehehe....

E.N.D

Monday, August 30, 2010

Ketung-ketang-klik!

Antara yang paling best dalam bulan Ramadhan : M.A.K.A.N.....Hehehehe...

So, jangan tanya kenapa baju raya tak muat...kuikui...

Ok, seperti yang aku pernah janji kat kawan-kawan aku sebelum ni,aku nak tunjuk rupa 'TOP HAT' hari ni...tapi unfortunately bentuk dia kurang menjadi semalam sebab tauhu tu besar sangat...

Inilah TOP HAT...


Bahan untuk buat benda ni senang je,janji korang ada tauhu kering,sengkuang,carrot and telur,kira jadi la TOP HAT ni...Senang kan? Potong-potong,sumbat-sumbat, goreng-goreng dan hidang-hidang...Lepas tu,baca doa makan dan NOM NOM NOM NOM..
Last week, disebabkan Dann balik rumah and anak menakan aku pun turut pulang,so aku masak la nasi ayam sikit...Boleh la tahan sedap...Haishhh, apa pulak boleh tahan, memang sedap pun! Ini blog aku kan...Hahahaha...So, aku boleh puji sendiri la kan...

Nampak menarik kan? Baik korang iyekan......
Hidangan berbuka: Nasi Ayam Hainan
See, walaupun jauh di sudut hati aku tak suka dengan sorang perempuan cina tu, tapi aku still mempraktikkan masakan Cina...Nasi Ayam Hainan...Masakan ni paling senang aku rasa. Tak sampai sejam je, SIAP! Boleh NOM NOM NOM NOM dah lepas tu...Hmmmm,yummy!

Kalau ada sesiapa nak resepi, bagitau la...Nanti aku share..Ewah Ju'a, hg ingat sedap sangat ke masakan hg itu? Sampai orang berebut nak resepi tersebut? Kih kih kih....Ini blog aku kan?Hehehehe...

OK laaa, nak sambung ketuk calculator pulak...

E.N.D

Sunday, August 29, 2010

Angin-Near

Tahniah kepada Cik Lya..finally dah jadi cik engineer...Perghhh,bangga aku. Adik aku dah jadi engineer..Pada usia 21 tahun 7 bulan..Rasa rugi pulak dulu aku tak belajar betul-betul kat sekolah, kalau tak mesti aku dah jadi doktor...hikhikhik-perasan! (tapi tak salah kan kalau ada cita-cita sedemikian)...

Kalau tanya perasaan aku akan hal ini...hmmm, mesti lah happy. Tapi jauh di sudut hati aku risau. Ye la, budak kecik ni dok berulang-alik everyday...SP-Penang. Jauh jugak. Perempuan pulak tu. Naik motor sensorang dia, Selagi aku tak dapar sms dari dia yang membuktikan dia dah selamat sampai, aku memang tak akan berganjak ke opis (eceh,macam la aku selalu menapak awal ke opis)...Kalau waktu petang pulak, selagi tak dengar enjin motor dia kat depan rumah, mesti aku tak senang duduk. Mata aku sentiasa melilau tengok jam kat dinding berwarna-warni tu. Itu baru bab tunggu dia pergi dan balik keje.

Bila dia dah selamat sampai rumah, aku dok berharap dia bawak balik cerita happy je kat tempat keje dia. Bukannya apa, aku susah hati betul kot-kot kalau dia kena buli  ke, dera ke, kena buat kerja luar alam ke contohnya kot dia kena bawak forklift ke...ish tak ke kes niaya je tuh! At least aku terhibur jugak dengar cerita lawak dia tu. Kalau dengar cerita sedih nanti aku hilang sabar dan akhirnya aku akan bagi kesimpulan :

BERHENTI JE KEJE TU JENN!

Haaaa, senangkan aku buat keputusan? Alhamdulillah, setakat ni dia ok je aku tengok. Harap-harap kekal la dia kerja di situ. Dia tu tabah. So aku tak risau sangat. La ni, aku pulak nak pi cari lubang lain. Tapi kenalah sekitar town aku jugak. Aku memang tak boleh keluar dari Farmer's River ni. Ibaratnya seperti begini:

Kaki terpasak di Farmer's River, Kepala tergantung di langit SP...Haaaa, best kan? Jadi anak jati SP la aku jawabnya...hehehehe...

OK lah...aku nak complete akaun yang pending 10 tahun ni...Haisshhhh, betul-betul dah kaji sejarah dah aku ni...Create akaun 10 tahun lampau....

E.N.D

Wednesday, August 25, 2010

Kedekut - Dann's P.O.V

Hmmm, agak 2 minggu jugak la aku tak hapdet blog...Biasalah, busy di bulan Ramadhan.Macam-macam aktiviti berlaku bulan ni. Baru-baru ni aku menjalani ibadah puasa dengan adik-adik aku. Sekali-sekala depa ada, huish,meriah rumah. Bergaduh lebih kurang, menjerit teriak sana sini, semak samun dalam rumah dan segala bagai kekecohan berlaku.

Aku ada adik sorang ni. Adik lelaki. Takdelah hensem sangat,tapi manis la. Mengayat pon boleh tahan jugak mamat sekor ni. Waktu umur dia 4 tahun dia dah mula start mengayat. Waktu tu dalam lif. Dia nampak sorang kakak ni yang dah siap gebu-gebu nak ke kerja. Dengan selamba katak ijau, Danial bertanya..

"Uih, wangi-wangi ni nak pi mena?"-Kakak tu terus tersipu malu...saham dia jatuh sebab hanya budak kecik je yang ngorat dia.Orang besaq tak ngorat dia pon.Hehehehehe

See, baru 4 tahun dah nampak sisik buaya. Bayangkan lagi 10 tahun...OMG! Sekarang berumur 11 tahun pun dah ada 2 awek. Isk, budak zaman sekarang,tak hormat orang tua @ senior. Aku yang 26 tahun ni pun masih single and ebelebel...Kihkihkih..Danial,jangan dok gatai nak kawin dulu na!!!!

Danial ni jenis outspoken. Kadang-kadang macam nak bagi dia berbuka dengan penampar je rasanya. Mulut dia kalau berkata-kata kadang bisa menghiris kalbu. Pernah je waktu aku tengah concentrate nak reverse kereta,biasak la pompuan bawak kereta baru, kalau reverse ni dia macam berhati-hati sikit,so it takes little time. Dengan tak semena-mena dengan lantang tanpa riak rasa bersalah dia sound selagu kat aku:

"Ish, makteh(dia panggil aku macam aku ni mak menakan dia je-senget tul) ni, tak reti bawak keta ka?Reverse pon lambat..."

Cis! Adakah patut dia menghena tahap kecekapan pemanduan aku.Pastu aku ugut dia,kalau dia kutuk driving skill aku lagi,dipersilakan amik bas N0.2 untuk perjalanan ke Sungai Petani-sekian.

Itu satu hal..itu tak kira lagi bab dia merapu. Perghh, kadang bahasa dia menjadi ikutan kami.Tengok,bukan dia contohi aku yang kakak ni, tapi aku contohi dia. Kira dia role model aku la...

Contoh vocab dia yang aku selalu guna:

"Aumboih"
"Awat lagu tu tu?"
"Owceh"

Nampak macam simple words je kan?Tak jadi kegilaan pun kan? Tapi sebenarnya, ada intonasi tersendiri bila sebu those words...Haaa, bila guna dalam perbualan seharian, perbulan akan lebih gembira-gembiru ataupun boleh menjadikan keadaan lebih marah-maruh jika disalahgunakan...

Contoh baik: Aumboih...cantiknya Makteh today!-haaa,kalau macam ni punya ayat, sebut 100 kali pun aku redha.

Contoh JAHAT: Aumboih...nampak sedap, tapi tak sedap langsung - haaa, yang ni dia tak pernah kata kat aku, tapi dia kutuk makanan yang dia beli..Bayangkan kalau tukang masak asal tu dengar, mau dia bagi lauk tambahan:Penampar Jepun!

***

Last Saturday, aku hantar adik-adik aku balik kampung. Tngah aku drive tu, lalu kereta Nissan Fairlady depan aku.

Aku:Dann, ni fairlady kan?
Dann: A'aah..Cantik kan bentuk dia?
Aku: OK laaa...(jawapan aku acuh tak acuh je sebab fokus kat pemanduan
Dann: Baik beli Viva. Takpun Kancil
Aku: Awat pulak?
Dann: Sebab tokey dia tak kedekut.
Aku: Pulak dah.Awatnya? Hang kenai tokey Nissan tu ka?
Dann: Tak kenal
Aku: Dah tu, awatnya?
Dann: Dia tu kedekut la...tengok keta Fairlady tu, harga mahai kemain.Orang beli bayar tinggi,tapi dia bagi 2 pintu ja...Viva kecik tu pun tokey bagi 4 pintu


Kah kah kah....Kereta 2 pintu adalah kereta kedekut OK!Save bajet sebab takmau include extra cost untuk lagi 2 pintu...Sweet kan otak si Dann ni...?

Boleh pulak la dia tiba-tiba buat lawak macam tu.Mula-mula aku rasa macam pelik gak bila dia issued pasal 'kedek' ni,tapi bila dah dengar alasan dia...Hissshhh, mujur time tu tengah jam. Kira release jugak la bila ada jokes sedemikian rupa...

OK lah, nak pi niat puasa...

E.N.D

Thursday, August 12, 2010

Kacau-kacau Ramadhan

Assalamualaikum..

Hola...Selamat berpuasa...

Hari ini puan-puan,kita akan mencuba resepi yang terbaru..Ya baru ye puan-puan...Baru di dapur saya...hehehe...

Resepi hari ini adalah Mi Kuah Teratak Hijau. Kenapa 'Teratak Hijau'? Sebab rumah saya warna hijau. Kalau rumah puan-puan warna kelabu,boleh je tukar nama resepi tersebut.

Bahan-bahan:

  • 1 bungkus Mi kuning (ini wajib,jika tidak ia tidak akan dinamakan MI Kuah ok!)
  • Daging + tulang (lebih sesuai jika guna bahagian kaki / gear box)
  • Udang (dicabut kepala dan ekor-rebus kepala+ekor untuk diambil air rebusnnya)
  • Tauhu (digoreng)
  • Ubi kentang (direbus)
  • Telur (direbus)
  • Sawi
  • Taugeh
  • Sos tomato
  • 15 biji Cili kering (blender)
  • Bawang putih (dikisar halus/tumbuk pun boleh-ikut tahap kemalasan)
  • Garam,gula secukup rasa

Cara-cara:

Rebus daging bersama tulang (pastikan air rebusan banyak untuk dijadikan kuah mi nanti)
Tumis bawang putih sehingga garing atau wangi. Masukkan cili kering. Kacau sehingga garing. Masukkan sup (kuah daging + air rebusan udang) depends banyak mana kuah yang you all nak. Masukkan sos tomato,garam,gula apabila kuah mula mendidih.Kacau sehingga sebati. Masukkan udang dan daging yang telah dihiris nipis.Hiris ubi yang telah direbus dan masukkan kedalam kuah. Biar sebentar.

Setelah didih,masukkan mi, sawi dan taugeh. Tutup api apabila mi dah masak. Jangan masak terlalu lama untuk elakkan mi menjadi kembang.Cukup sekadar batang sawi tidak mentah.
Hidang bersama tauhu dan telur rebus. Kalau nak lebih sedap taburlah bawang goreng dan daun sup+daun bawang. Sedap..Kalau orang yang suka makan pedas, boleh tambah cili potong...

Hasilnya....taaadaaaaa.....

Inilah mi kuah...

OK,selamat mencuba...

p/s: sorry,susunan bahan berterabur...aku memang takde bakat dalam menulis resepi.hanya berbakat dalam merapu.tetapi resepi tersebut benar ok...kalau apa2,komen je kat bawah,nnt aku respon.

E.N.D

Tuesday, August 10, 2010

Kehadiran yang dinanti

11 Ogos 2010 bersamaan 1 Ramadhan 1431. Ini bermakna kita sebagai umat Islam diwajibkan berpuasa. Ingat ye, DIWAJIBKAN...Ala,tak lama mana pun. 30 hari je. Kalau terasa 30 hari tu lama sangat, jangan sebut 30 hari. Sebut je 1 bulan. See, 30 banyak, 1 sikit je. Hmmm, 10 Ogos drama bersiri terbaru bermula. Lagenda Anak Budak Setan the Series. Aishh, bulan puasa ok...Kurangkan hiburan, banyakkan ibadat.

Cover buku je ni..Cover drama tiada sebab Farid tak passing kat aku lagi...

Aku ingat lagi zaman aku kecik-kecik dulu. Bulan puasa memang heaven. Paling best time petang. Mau pulak time lepas Asar,dalam pukul 4.50 petang. Haaa, time ni la aku dan rakan-rakan (lelaki la) pi beratoq kat surau tunggu agihan kanji (bubur lambuk). Perghhh, sedap bubur dia. Semua tempat dalam satu SP, bubur surau kitorang la yang  paling best. Orang dari luar wilayah pun ada yang datang beratur semata-mata nak ambil bubur tu.


Kanji a.k.a Bubur Lambuk

Yang paling best waktu aku kecik dulu, time solat terawih. Event ni sangat penting. Kira siapa tak attend,esok pegi sekolah,dia dikira budak jahil seterusnya rugi. Kenapa jahil? OK, dulu geng-geng sepermainan aku semua memang suka main Pop Kuiz. Kira terkena aura Aznil Hj. Nawawi la ni. Kami takkan tanya siapa penyanyi popular ataupun pelakon terbaik. Tidak sama sekali. Soalan yang akan ditanya adalah:

Siapa imam malam tadi?
Surah apa yang paling banyak dibaca selain Al-Fatihah?
Malam tadi dapat moreh berapa bungkus?
Ustaz tu pesan apa malam tadi ntah pasal kelebihan malam ni?

Haaa,hanya orang yang attend je dapat jawab soalan sedemikian. Kenapa rugi kalau tak attend? Mestilah rugi kalau tak attend sebab dapat moreh yang best. Sebulan puasa,maka sebulan la korang boleh menikmati juadah yang enak kat surau tu. Siap ada nasi tomato, nasi minyak, roti canai, nasi ayam dan segala bagai jenis nasi dihidangkan. Rugi laa siapa tak attend. Lagi satu, the end of solat, kadang-kadang tok imam tu ceramah sikit. Kadang ceramah tu pasal fardhu ain. So,selain boleh terap dalam dada masing-masing, ilmu pada malam tersebut boleh jadi bekalan nak jawab exam Pendidikan Islam nanti. Untung kan kepada sesiapa yang attend terawih kat surau kitorang.

Aku suka berpuasa. Puasa baik untuk kesihatan. Bagi aku yang overweight ni, puasa adalah sebahagian untuk aku amalkan diet yang seimbang. Meh aku cerita sikit pasal puasa dan diet.

Bagi orang yang nak berdiet, seseorang itu harus berpuasa agak lama. At least seminggu sebelum nak nampak kesan puasa tu. Kira kalau puasa sehari dua tak berbaloi la. Kalau nak nampak perubahan fizikal atau berat berkurang kenalah berpuasa lama sikit. Lepas tu kenalah jaga pemakanan. Lebih elok kalau bukak puasa makanlah murtabak+nasi tomato ayam berempah+ayaq Pepsi.Kahkahkah...

Ada kajian baru-baru ni. Saintis test kat atas tikuih (tikus)-aku tengok kat wiki...
Sebuah kajian yang agak baru ke atas tikus mendapati bahawa berpuasa selang sehari, dan memakan dua kali ganda lebih banyak pada hari-hari tidak berpuasa memberikan kawalan insulin yang lebih baik dan ketahanan neuron daripada kecederaan. Kesan-kesan ini hampir sama dengan tikus-tikus yang diberi diet kalori terhad. Ini mungkin bermakna berpuasa selang sehari merupakan satu alternatif kepada pengehadan kalori untuk hidup yang lebih sihat dan lama.

Hmmm, apa lagi,berpuasalah. Banyak kebaikan berpuasa. Boleh berjimat sebab makan ala kadar je waktu berbuka. Pastu boleh jaga kesihatan dan kecantikan because "fasting is the best diet".

Antara kelebihan lain berpuasa:
  1. memberi kerehatan kepada perut untuk meningkatan kecekapan
  2. menghancurkan sisa-sisa racun atau toksik di dalam darah manusia
  3. mengurangkan/menghapuskan ketagihan terhadap arak dan rokok
Hasilnya, kesihatan manusia akan bertambah baik. Berat badan dan risiko-risiko penyakit yang berkaitan dengan kegemukan dapat dikurangkan, dan umur seseorang itu boleh bertambah panjang.

OK lah...selesai dulu sesi kaunseling kesihatan dari saya, Dr Juha Arddnan Burn. Jumpa lagi dalam sesi yang lain.hehehehe....

Selain kesihatan, kebaikan lain ketika bulan puasa...
Meningkatkan daya kreativiti bershopping. 
Ni semua perempuan jadi lebih expert. Cuba tengok mak-mak kita. Time raya ni la mereka jadi wanita shopaholic. Sibuk match baju raya anak-anak, baju raya bapak-bapak curtain rumah. Curtain rumah la yang best. Ruang tamu tema lain, bilik pulak lain-lain tema. Tema bilik kena ikut jantina anak. Habis satu rumah digroomingnya. Hasil grooming tu pulak takkan mengecewakan. Tinggi nilainya berbanding kos yang bapak bagi.

Bagi family aku, Abah the Daddy yang memainkan peranan yang penting dalam penetuan tema atau program raya. Kalau dia kata kat Mak the Mother supaya jangan hias rumah sangat,maknanya kami sekeluarga akan beraya luar daerah. Contohnya mungkin kami akan berlawan arus. Raya ke KL,ataupun balik kampung je. Tapi sekarang ni,aku tak berapa nak fikir bab raya. Takde Mak the Mother atau Abah the Daddy untuk meraikan bersama. So tak perlu kecoh-kecoh bab hiasan rumah mahupun jamuan raya. Yang ada aku, Abang the Hero + Adik yang Cute....Setakat kami 3 orang, ketupat yang diberikan jiran pun dah cukup...kih kih kih....Tapi baju raya aku 3 pasang tahun ni...apakah ertinya itu?Kan dah cakap,perempuan memang expert bersoping..keh keh keh....

OK, ni aku bubuh last-last...banda ni penting. Bak orang kata save the best for the last. Betoi ke?

Puasa bulan untuk kumpul tiket ke syurga.
Berdoalah banyak-banyak,bulan Ramadhan sangat hebat. Mustajab segala doa. Insya Allah akan dimakbulkan. Pintu langit sentiasa terbuka kepada hambaNya yang beriman lagi bertaqwa. Kalau  kita buat solat wajib dengan complete + sunat (terawih,taubat,hajat,rawatib,tahajjud,istikharah) yang banyak, Masya Allah, ganjarannya cukup hebat. Time ni la kita nak compete kumpul harta akhirat. Kita hanya perlu compete dengan nafsu dan akal kita je time ni. Kalau time biasa,competitor kita jahat. Setan selalu je kacau line kalau kita nak buat ibadat,tapi kalau time ni,semua competitor kena kuarantin. Semua hak urusniaga hanya diberikan kepada bumiputra sahaja..Hmmmm, fikirkan...takkan nak lepaskan tender gandaan pahala kot. Rebutlah sementara stok masih ada.

Tapi ingat naaaa, jangan takat bulan Ramadhan je jadi baik, bulan lain pon kena la kerja kuat jugak.

OK lah...nak pi check lokasi bazaar Ramadhan area SP ni...senang nak atur schedule lepas ni...Assalamualaikum....

Salam Ramadhan


E.N.D

Saturday, August 7, 2010

Doa...

Hasbunallah wa nikmal wakil nikmal maula wa nikman naseer.
Cukuplah Allah menjadi Wakilku, Cukuplah Allah menjadi Pelindungku, dan Cukuplah Allah menjadi Penolongku..


Thursday, August 5, 2010

Alahan

Assalamualaikum

Tgk, selepas 31 entry,baru aku bagi salam. Sopannya Ju'a...Ahaks...

Korang ada alahan tak? Dalam bahasa Omputih, Allergic. Apa itu Alahan? Meh kita tengok definisi dulu, kendian baru ceghita.

Alergi ialah reaksi badan terhadap pendedahan kepada benda asing yang tertentu. Reaksi alergi ini hanya berlaku setelah sistem imuniti badan mengalami pensensitifan akibat pendedahan pertama benda asing itu. Pensensitifan sistem imuniti badan ini dikenali sebagai kehipersensitifan.
 -sumber:WIKIPEDIA

Itu bukan aku yang tulis naaa.Bahasa sangat kompleks. Itu bukan aku.

Aku sebenarnya alah jugak kepada beberapa benda. Dulu waktu zaman aku belajar kat UiTM Shah Alam, aku alah dengan ketam,bukan ketam yang banyak kaki tu, tapi ketam footballer a.k.a bebola ketam. Spanjang hidup aku,aku tak pernah pantang makan ketam. Pantang jumpa ada la,kalau jumpa mesti nak ngap..nom nom nom nom...Ada sekali tu aku time final exam. Kolej aku tu kalau masak entah apa-apa. Nak menapak ke Anggerik Deli rasa macam berlaku kejam pada diri sendiri pulak. Time tu ada RM10 je,kalau pi Deli konfem kering terus aku pastu.Dah pulak tu,study pun tak abeh lagi. Maka dengan langkah longlai,aku pun menapak la ke cafe kolej. Tengok lauk semua macam nak bagi kucing makan je (ikan dah hancur,tinggal tulang je)..Alih2 nampak la Crab the footballer,hmm nampak sedap kata akalku. Tanpa berlengah terus je grab the crab. Balik buka polistren dn terus nom nom nom nom selepas baca Bismillah. Tiba-tiba.......

"Hello mak, muka Nor gatal-gatal la. Badan pun...Awat ni mak?"

"Hang makan apa tadi?Ayam?"

"Ish,dak aih,ayam habih...Nor beli Crab the footballer"

"Takkan hang tak boleh makan ketam?Selalu dok rebut sepit ketam dengan mak tu,OK je."

"Kot tu ketam sejati kot mak,Ni ketam playboy ni. Abih gatal dah ni. Makan kat Deli pun takpe tadi. Macamana nak study ni?"

"Hang pi makan piriton dulu,pastu tidoq sat.Satgi dah OK hang mangkit la bukak buku. Ish,yang dok pi makan pelik-pelik time exam sapa suruh. Len kali makan makanan yang familiar"

Lepas aku telan piriton sebijik,air segelas dua, aku pon hanyut. Pastu OK dah...Sejak itu... NO MORE INCIK CRAB THE FOOTBALLER.

Tapi ada jugak benda yang aku alah tapi aku makan jugak. Ayam. Aku dapat detect kalau ayam tu tak bersih. Eceh, macam bomoh pulak. Takpun macam scanner. Kalau aku nak makan je ayam tu tapi belum sempat digigit dan tetiba hidung aku gatal,maka adalah lebih baik aku letak balik ayam tu. Tapi kadang2 terbabas jugak. Kalau KFC,rezeki tu,takkan nak tolak. Selalunya lepas makan je, aku telan la proton piriton pastu selesai masalah.hehehee...

Selain daripada makanan, yang terbaru aku allergic payung Giordano berwarna teh susu dan nama orang. Kalau aku nampak payung tersebut,aku akan ingat nama orang itu secara automatik (walhal tak nampak payung pun aku ingat jugak)..kih kih kih...Nama orang tu rahsia laaa...Tapi sejujurnya, aku memang ada hati dengan orang tu tapi ahhhh,tamau...nanti hati tercalar - eceh...calar kereta nampak di mata,calat di hati siapa yang tahu...Pendek kata,aku ni sebenarnya alah kepada 'a man who hold the Giordano's umbrella'..Mungkin kalau ditakdirkan jodoh aku dengan dia, memang lagu Umbrella - Rihana tu pengganti kompang time kenduri aku nanti...

Peringatan: sekiranya anda mengalami alahan teruk,sila jumpa doktor. 

p/s: macam aku ni.bila alahan dgn payung tu je,rasa macam nak sangat pi jumpa doktor kat nun jauh di utara...kihkihkih-OK, allegic dah la ni...gatai dah...

Wednesday, August 4, 2010

Kawan-kawan saya

Kata orang, teman ketawa senang dicari tapi kalau kawan susah..huhhh memang la susah nak cari. Namanya pun kawan susah...Kan?

Aku beruntung sebab kawan-kawan aku semua baik-baik belaka..Baik kawan sepermainan, kawan setadika, kawan sesekolah, kawan seuniversiti hinggalah kawan-kawan sekeliling sekarang ni...OK, aktiviti pertama hari ini,tolong kira bilangan 'se' bagi ayat sebelum ini ye...hiihiihii

Hari ini aku nak buat entri penghargaan untuk kawan-kawan baik aku...

Aku bertuah. Kawan baik dikira karib ada sepasang...See,tak mainlah kawan karib seorang je...Kawan karib aku ni bukan kata berkawan dua hala - maksud aku kami berkawan asing-asing : TIDAK. Kami bertiga memang berkawan bersama. Dua-dua kawan aku ni dah berkahwin...Tapi depa tak kawin berdua ok...Pasangan asing-asing. Kami berkawan bukan setakan jalinan persahabatan antara kami je, parents kami pon menjalinkan persahabatan bersama...

OK, meh aku nak start dengan kawan yang tau isi hati aku lebih mendalam dari yg sorang lagi. Dia fahami aku lebih sebab aku dengan dia sama-sama perempuan...Itu je satu-satunya persamaan kami.Yang lain dah takde.Hehehe...Kami berbeza dari setiap segi. Contohnya, dia lemah lembut,aku? Haish, kasar...Aku high volume...Ros (member aku) skrg memang dh jd pendidik yang baik...Aku? Aku memang tak minat bidang mendidik...Dia dah kawin, aku masih single and available...kih3....OK,cik abang depan sana tu,sila beratur ye utk isi borang...

Ada satu peristiwa waktu tu aku darjah 3 kalau tak silap aku la. Aku pi main kat rumah si Ros ni.Adik aku pon seronok la nak join. Nak dilarang takut Abah the Daddy marah,so aku pon dengan separa rela, bawaklah si cute ni pi rumah si Ros....Tengah aku dengan si Ros ni syok dok hayun endoi (buaian), sekali nahhhh terkena si adik aku yang cute tu...dagu dia berdarah...bukan sikit,mau kot 1 pain...Adoi, gelabah siot...Ros dengan muka ketakutan, terus capai minyak gamat.Aku siap amik baju aku lap darah adik aku tu.Adik aku tu pulak,tadi waktu gumbira bermain siap gelak2,bila dah kena buaian,dan dan nangis kuat-kuat...Saja nak tambah nervous kami...Dalam hal ni kira aku salah la tapi mujur ada Ros...Dia penyelamat aku dari penampar Belanda oleh Abah the Daddy...Ros boleh pi jumpa abah aku dan mengaku benda tu adalah sebahagian kesilapan dia..Aduh...tersentuh hati aku...Sebab tu la aku memang takleh berpisah dgn si Ros ni...Sampai bila2 pon aku akan ingat dia.Terima kasih Ros...Bukan tu je, kursus kawin aku pon dia yang bayar. Banyak lagi kebaikan dia.Takleh nak cerita semua kat sini...Nanti berjela-jela...Mak aku selalu pesan kat aku mcm ni :

Cubalah jadi macam Ros tu...

Maknanya Ros tu bawak anasir yang baik untuk aku,sebab tu jadi ikon sikit kat rumah aku....Hik3...Dia kira penasihat tak berbayar la kiranya....

OK, kita pi kat kawan no 2 aku. Nama glam dia Apit...See, glamer kan nama dia...Serius ramai rakyat Malaysia guna nama tu..Malah ada je bintang Hollywood guna nama tu sebab dikatakan bawa tuah kepada orang yg guna nama tu, contohnya Brad Pitt...Haaaa,kan aku cakap bertuah nama tu. Brad Pitt tu jutawan skrg ni,siap ada bini bibir sexy lagi...hahahaha

OK, apit ni kawan lelaki yang baik. Waktu dia kecik dulu,samala aku pun turut kecik jugak time tu,aku selalu je terbuli dia.Contoh, kalau main masak-masak Apit ni kira tukang setup port masak2 kitorang..Dia jugaklah tukang pi pasar...Kalau pi sekolah pulak, dia la yang tukang menjemput kani yang lain2 ni sebab rumah dia paling hujung,so dia la kena mai rumah kami semua...Bila balik sekolah,kira dia la yang hantar kami balik rumah..hik3...tapi dia sabar je ngn job dia tu...Bila dah time besar-besar ni, kadang aku still dok susahkan dia gak...Kalau rumah aku ada masalah maintenance je,haa nombor dia je la yang aku tahu tekan...Baik repair paip,elektrik,semua dia yang buat.Kepada you all semua,kalau nak buat iron works,boleh je cari si Apit ni.Dia memang buat bisnes ni...Harga boleh runding.Takpun drop je kat inbox aku, nanti aku contact korang (cewah, siap promote lagi)

Sebut pasal Apit ni,aku ada 1 cerita nak share ngn korang. Mak aku sayang si Apit ni.Kira macam anak mak aku la...Secara tak langsung dia jadi adik aku la ni...Apit ni dah kawin. Waktu dia nak kawin dulu, mak aku memang sangat seronok. Siap pi cari bunga telur ikut tema kenduri si Apit ni. Pastu, mak aku siap tempah baju khas untuk hadiri wedding si Apit ni. Satu hari tu, baju dah siap,mak aku pi ambil kat tailor, test fitting semua dan mak aku sangat gembira. Mak aku kira dok hitung hari kenduri si Apit ni. Tapi, kita hanya merancang,Allah Maha kuasa,Dia yang tentukan segala, kita hambanya kenalah terima...Nak jadi cerita sedih, mak aku meninggal pada hari dia dapat baju tu...Dan Apit menangis bila tengok baju yang mak aku patut pakai pada hari bahagia dia...Sampai la baju tu masih elok dalam wardrobe mak aku...itulah kenangan terakhir yang mak aku tinggalkan...OK, dah dah...Takmau sedih-sedih..

Entry kali ni boring sikit kan...tapi aku memang selalu ingat kat kawan aku dua orang ni...Depa baik dengan aku...Susah senang bersama....

Terima kasih Ros
Terima kasih Apit

Selamat Hari Sahabat

Dari aku, Nur-Anak Mak The Mother,Abah The Daddy....

E.N.D

Sunday, August 1, 2010

Tukang Masak Tersohor masuk dapur

Pagi tadi tengah dok sembang ngn adikku, Cik Liyana-tukang masak tersohor Teratak Hijau pasal nak masak apa hari ni...Aku cadangkan rendang asam je...Senang untuk beliau masak dan cepat untuk beliau berpoya-poya dengan aku diatas garisan nanti sebab abih masak awal...Kononnya la...

Tapi,kalau dah namanya tukang masak tersohor..Nak masak mesti yang gempak.Nak bagi abang dan kakak beliau santapan yang istimewa dihujung minggu,maka beliau decide : TOM YAM

Tom Yam campur katanya. Tiba2 timbul 1 persoalan:
Kompleks juga isu ini...aku memang pernah terdengar dan terbaca mengenai diet sedmikian rupa-tak boleh campur laut dan darat. So, Cik Liyana tukang masak tersohor terus menggasak soalan tersebut di FB beliau...Alhamdulillah, finally Dr Dayah bg jawapan...

Inilah jawapan yang eloklah kita kongsi bersama...aku tahu,kat blog lain mungkin dah ada org stress benda ni..tapi aku nak jugak post benda nih...sharing is caring...

Nabi Muhammad SAW pernah melarang para sahabat dan umat manusia daripada makan ikan bersama susu (darat) kerana ia akan menyebabkan si pemakan mudah untuk mendapat penyakit. Berikutan perkara sedemikian, para ilmuan nutrisi telah ...membuat kajian dan menemukan keputusan bahawa dalam makanan darat mempunyai ion+(Positive Ions) sedangkan dalam makanan laut mempunyai ion-(Negetive Ions), jika kedua-dua jenis makanan ini bercampur maka akan terjadinya tindakbalas biokimia (Biochemical reactions) yang aktif dalam tubuh sekaligus mampu menyebabkan perut dan usus rosak dengan teruk.  
http://ms.wikipedia.org/wiki/Etika_Diet_Rasulullah

Akhirnya,Cik Liyana decide:

"Hari ini Tom Yam Daging ye...."

Aku tak kisah....Apa pun yang Tukang Masak Tersohor ni masak,aku nom nom nom je...hehehe

Thank you Cik Liyana...

p/s: ok nak fokus makan tom yam after office ni...nom nom nom....


E.N.D

Saturday, July 31, 2010

Aku telah jatuh cinta

Kalau dulu aku tak suka baca blog. Apa lagi nak tulis blog. Tetapi skarang? Kalau tak tulis rasa macam satu kekurangan. Walaupun takdela syok mana pun blog ini. Aku jatuh cinta dengan blog. Sejak bila aku jatuh cinta, aku tak pasti. Tapi bagaimana ia terjadi aku, aku tahu jawapannya.

Semuanya bermula dengan blog Realiti Konspirasi (http://zackzukhairi.blogspot.com/)

Kenapa aku suka blog mamat ni? Bahasa dia lebih kurang bahasa yang aku selalu guna kat rumah. Kira mamat ni tak hipokrit. Setengah blog lain, nak faham erti penulisan diorang pon aku rasa teruk dah...rasa nk pitam and loyaa2 sebab tak leh nak cerna. Akhirnya aku hanya dapat migrain setelah habis baca blog2 tersebut. Lahipun mamat ni tulih apa yang berlaku disekeliling kita. Cuma kadang2 kita kurang sedar atau tak perasan.

Yang pasti, aku happy je baca blog mamat ni. Bila baca je, mood yang teruk akan neutralize dengan sendirinya.Cewah...Ju'a, jangan dok over puji anak teruna orang OK!...Nnt dikira cari publisiti murahan. Ahakz...

Thanks Cik Lya sbb introduce blog ni kat aku naaa...Selepas tau blog ni, aku selalu layan blog Cik Lya and En. Z je....

OK lah,aku nak pi baca blog Cik Lya (ntah2 dia tak update lagi) takpe, baca past entry pon takpe... Yang pasti En. Z dah update...Aku nampak kat status FB td...JOM!

E.N.D

Thursday, July 29, 2010

Emo malam-malam

Kalau nak ikut-ikut tarikh, malam ni malam last Jat stay dengan aku....

Sejujur-jujurnya, aku sedih. Maunya tak sedey, dah bertahun budak tu duduk dengan aku. Even waktu aku pi belajar dulu pun,aku selalu je call dia...Setiap kali call Mak the Mother, mesti tanya pasal dia...Even mak dia sendiri failed to call her son daily....

Sekarang ni, kak aku ambil balik anak dia. Memangla dia lebih berhak. Tapi kalau ambil sebab nak 'camdek' dan akhirnya akan merosakkan anak sendiri, bukankah itu sesuatu yang merugikan? Kesian anak dia. Aku tak kisah kalau kak aku nak rosakkan diri dia, tapi janganlah rosakkan masa depan anak sendiri.

Demi Allah, aku tak pernah rasakan Jat tu menyusahkan aku atau membebankan aku. Disebabkan tanggungjawab yang diberikanlah, aku menjadi lebih matang. Kalau dulu aku pampered, semua mak yang buat, abah yang pantau, sekarang tidak lagi. Sekarang aku dah jadi breadwinner. Aku bekerja-menjadi ibu dirumah-belek homework anak (walaupun tak selalu)-cari duit untuk pastikan anak tak susah...Itu semua bukan beban, tetapi lebih kepada tutorial utk mendewasakan diri.

Kalau bercerita tentang ketidakpuasan hati aku, manusia memang tidak akan pernah berasa puas. Marah? Memanglah kadang-kadang kita akan berasa marah jika anak kita membuat kesalahan. Memarahi budak bukan bererti benci. Bagi aku, aku marah sebab nak ensure dia tak akan buat salah dalam life. Bukan nak kata aku ni perfect - tidak,malah jauh sekali. Cuma aku tak mau Jat berkawan dengan budak2 lain yang bermasalah (ponteng sekolah-merempit-naik moto tanpa lesen-manja-malas involve dalam ko'k). Semua itu akan efek dia untuk 5 tahun akan datang. Masa depan Jat cerah, kalau dia aktif ko'k, nanti senanglah dia nak bawa diri ke peringkat yang lebih tinggi.

Bila aku suruh dia buat kerja sikit sekadar bantu aku dirumah, kak aku akan melenting,kononnya aku mem'bibik'kan anaknya...OMG, apa kes? Kalau buang sampah misalnya, itu untuk melatih dia supaya menjadi seorang pembersih. Kalau suro sidai kain, itu nak bagi dia jadi orang yang bertanggungjawab sikit supaya dia jadi ringan tulang. Tapi kak aku mungkin tak faham. Ataupun,aku yang tak sedar, selama ini aku hanyalah kuli batak kak aku yg di'hire' utk jaga anak dia...Hmmmm, mungkin jugak.

Entahlah, atas apa jua alasan, aku tetap tak setuju dengan tindakan kak aku. Boleh je kalau nak tukar sekolah anak tu, tapi tunggulah buka semester baru tak pun, tunggu je next year. Senang! Takdelah cempera mamat tu nak coop study kat tempat baru.Dengan nak kejar silibus lagi.

Yang pastinya, kalau apa-apa terjadi pada Jat pasni, kalau yang baik aku happy (itu yang aku harapkan) tapi kalau benda buruk...Aku tidak akan teragak-agak utk penampar kak aku sendiri. Believe me!

p/s: Entry ni memang boring...SORRY!

E.N.D

Monday, July 26, 2010

H.E.R.O Episode II

Berpantang maut sebelum ajal....

Fendy dah sedar...

Semua orang happy. Sesuatu yang baik. Permulaan baru kehidupan Fendy.

Baru buka mata...badan tak boleh gerak lagi. Dia hanya boleh tengok tapi tak boleh react macam kita yg terjaga dari tidur. Doktor sahkan dia separa lumpuh! Satu lagi dugaan untuk parents aku.

Hari yang ke-19 kalau tak salah aku, kitorang tengok keadaan Fendy sangat miserable. Daripada seorang lelaki yang handsome, company footballer secara tak langsung state-to-be footballer, active dan periang kini menjadi seorang lelaki yang kaku. Kepala berbalut, kerongkong ditebuk untuk bantuan pernafasan, badan menjadi panas sebab bengkak takpun memang dah bentan. Ya Allah, kesian sungguh kat abang aku tu.

Banyak proses rawatan yang dijalankan utk dia. Yang aku sedar, setiap beberapa jam akan ada seorang nurse akan datang untuk sedut kahak dia. Serius cakap, sangat sedih tengok proses tu. Badan Fendy akan bergerak-gerak kuat sebab sedutan tu.

Beberapa hari berlalu, Fendy berjaya melalui stage kritikal. kepala dah boleh digerakkan, tangan kanan dah boleh digerakkan jari, kaki pon dah tunjuk sedikit movement. Tapi parents aku realize something, Fendy macam tak kenal orang. Before this memang doktor dah bagitahu dia belum sedar sepenuhnya.

Tapi, bila dah beberapa hari berlalu, dia seolah-olah lost. Rupa-rupanya dia memang dah hilang ingatan. Waktu tu, kami semua memang terkejut sangat. Doktor cakap Fendy alami gegaran otak yang sangat kuat. Kesannya adalah daya ingatan Fendy terjejas. Bukan itu sahaja, dugaan lebih berat ke atas Hero Abah the Daddy and Mak The Moher adalah saraf tunjang Fendy turut bermasalah. Urat tangan kiri dia putus,sendi jatuh, so, tangan kiri lumpuh - tangan kanan pulak hanya separa pulih. Aduh, kasihan tak terucap untuk abangku itu.

Actually banyak perkara lagi yang berlaku...tapi aku dah tak ingat apa yang terjadi sangat...maklumlah that time aku baru darjah 1. Hanya yang thrill je aku memang sangat ingat. Aku pun tak mahulah cerita semua perkara dalam entry H.E.R.O ni....nanti korang semua mesti tak percaya...tapi hakikatnya, kesan kemalangan itu sangat besar...bukan terhadap tuan punya badan je, tapi keluarga turut terima kesannya...

Masuk tahun ni, peristiwa itu d\sudahpun menginjak usia 19 tahun...Sepanjang 19 tahun itu, pelbagai cabaran yang perlu dilalui oleh 3 hero utama dalam cerita ini...- Fendy the Brother, Abah the Daddy & Mak the Mother....

Sepanjang 19 tahun.....

Fendy:
  • Jalani hampir 5 pembedahan besar
  • Fisioterapi yang sangat susah-abah & mak akan bawa abg ke hospital,tunggu giliran yang sangat lama semata-mata utk sesi 20 minit itu. Abah kesian tengok fendy keletihan menunggu, abah buat sendiri kelengkapan fisio di rumah...Mak jadi instructor utk abg buat fisio
  • Terlantar atas katil utk beberapa tahun pertama- setiap hari mak suap makan dan minum abang. mak jugak yang salin semua pakaian abg...mak yang bertungkus lumus bersihkan abang. mak jaga abang macam baby. mak selalu mengaji untuk abang supaya abang dapat semangat utk cepat sembuh. mak sediakan ramuan tenaga untuk abg-minuman campuran kekacang dan buah-buahan sebagai supplement utk abg...semua mak buat utk abg...dari tukar lampin,sampai la sekarang abg dah boleh urus diri sendiri. abg sangat berusaha utk pulihkan diri walaupun kadang2 dia dah macam nak give-up...tapi mak & abah tetap akan tiup semangat kat abg..
  • Belajar berjalan kembali-abah dukung fendy setiap kali fendy nak bergerak. abah jugak tanpa segan silu usung abang kemana je abah pegi. Kami pernah hidup susah, tiada transport...abah bawa abang naik public transport-naik yellow bus kat Penang...OMG, sangat touching...abah memang hebat. Abah jugak pimpin abang setiap hari round taman utk abg practice jalan kaki...dari bertatih, abg sekarang dah boleh berjalan sendiri tanpa tongkat...abg tak perlu duduk lama atas wheelchair.
  • Jalani rawatan intensif - perubatan moden dan tradisional (Fendy meraung waktu diurut-sangat sakit katanya)
  • Suai kenal dengan ahli keluarga - proses mengingati dan mencari memori lama-yang ni best...korang tahu tak, waktu dia tak ingat dulu, dia hanya tahu kewujudan 4 orang je dalam hidup dia...dia hanya ingat dia ada mak, abah kakak dan diri dia. Dia langsung tak ingat akan kewujudan aku dan adik...Walaupun dia tahu ada parents, tapi dia tak mengaku mak and abah tu parents dia...huhuhu, aku agak stress ketika itu...parents aku lagi la stress... 
Disebabkan hal-hal sedemikian, aku menjadi lebih kuat. Dengan apa yang aku tengok, lalui dan rasai, aku bersyukur ke hadrat Illahi...dengan dugaannya, aku dan adik menjadi orang yang sangat pentingkan keluarga. Aku sendiri sukar berenggang dengan parents aku. All the time dengan family. Pengalaman tu mengajar aku memahami "ONE FOR ALL & ALL FOR ONE"...aku juga memahami apa itu "SHARING IS CARING"...Kes ini juga mengajar aku menyayangi ibubapa mengatasi dari segala-galanya...tanpa ibu bapa,kita bukan sesiapa. Aku tak kisah hilang 'couple' dari kehilangan ibubapa...Peluang untuk berbakti kepada ibu bapa adalah anugerah terindah yang Allah berikan sebenarnya kepada hambanya seperti kita ini...Kita dikira sebagai manusia yang beruntung bagi pendapat aku kalau kita dapat buat mak and abah kita gembira, bangga dan bahagia memiliki kita...

Bak kata Fendy, duit je takkan gembirakan mak dan abah kalau duit tu tak berkat...kalau duit yang kita dapat tu kerana kita kerja terlalu kuat sampai tak sempat nak dok ngn mak and abah, takde maknanya duit tu...mak and abah memang dah ada duit sebab tu kita selesa..apa yang mak and abah nak just kita dok dengan depa dan makes them happy...

Kenapa entry ni tajuk HERO?
Sebab Fendy la hero aku...Kesabaran dia jalani kehidupan dengan tabah tanpa melukakan hati parents aku sangat aku kagumi...Dia tanggung segala kesakitan dan keperitan dengan sabar. Walaupun dia sakit teruk ketika abah atau mak handle dia, dia tak pernah melawan...Sepanjang hidup dia, dia tak pernah abaikan tanggungjawab dia sebagai anak dan abang....In fact, sekarang ni dia yang jaga aku dan adik-adik...

Mak dan abah adalah idola seumur hidup aku.mak dan abah banyak melalui kesusahan dan kesukaran sepanjang tempoh membesarkan kami adik-beradik..Kerana mereka, aku dan adik berjaya ke menara gading...kakak boleh survive dengan life dia and most precious thiing...Fendy dah semakin sembuh...Mak dan abah berjaya membuktikan teori doktor bahawa Fendy sudah tiada harapan utk hidup. Terbukti ajal maut di tangan Tuhan, kita manusia perlu berusaha dan berdoa. Pintu rezeki sentiasa disediakan Allah, hanya kita harus berusaha mencari kunci utk membukanya.

Mak the Mother - wanita yang paling kuat dan tabah yang pernah aku jumpa...sesiapa yang mengenali beliau pasti tidak akan menafikan ini...sporting-relax-tegas-best

Abah the Daddy - Prince charming aku rasa kepada sesiapa yang terasa nak jalani kehidupan yang bermakna sepanjang hidup..suami yang baik, abah yang best...tegas-sporting-brilliant-smart-genius...semua ada kat abah...

P/S: last episode - fendy sebagai ketua keluarga....

to be continued...

E.N.D

Sunday, July 25, 2010

Anakku bukan anakku

Setelah 14 tahun, plus minus aku pi belajar kat luar SP, balik kengkadang...finally anakku akan berpindah sekolah....After 14 years baru la anakku akan stay dengan parents dia dalam erti kata yang sebenar.


Jat & me

Sedih?

Of course tersayat jugak hati aku ni....maunya tak terasa, aku jaga dia dari kecik...Mula dari umur dalam pantang, jemur kat matahari sebab kuning, pi jalan2 pon kendong dia, hantar pi tadika, hantar pi sekolah rendah, sain report kad, bangun pagi urus dia pi sekolah, beli buku rujukan, baju and segala bagai keje dah aku wat utk dia.

Namun, apakan daya...kalau ikut hukum alam pun, dia mmg bukan tanggungjawab aku...Ada orang lain yang lebih berhak ke atas dia. Dia anak kakak aku. Cuma cara kakak aku ambil dia tu yang tak best. Seolah-olah I'am failed to become a good guardian.

Takpe2, lepas ni kalau aku rindu dia, aku boleh je pegi rumah dia. tak pun, sekarang ni teknologi canggih. Call je handset dia. At least SMS pun dah cukup.

To Ijat, makteh doakan Ijat berjaya selalu ok...dun let me down...be a good boy...do call me if u need help..dun forget me ok....Sorry for all my wrong doing during all these time ok...Good luck @ new skool nanti....Be smart!

thanks a lot sebab tolong makteh all this while,tolong jaga pak ngah, jaga rumah...

Last date kat SP nanti 29/7/2010...nak buat farewell party ngn kawan2 x?

Lepas ni Jat dah tak jd anak makteh dah...huhuhu

Sayang Izzat....

p/s:awat mata aku ni dok berair tak tau?habuk agaknya....

E.N.D

H.E.R.O : Episode 1

24 September 1991

 
Dalam pukul 3.30 petang macam tu, aku balik dari mengaji. Tengok-tengok Abang Chot, kawan baik abang aku ada kat rumah. Muka dia serius...tak macam selalu,murah dengan senyuman.

 
Abah the Daddy suddenly diam...tidak seperti selalunya,beliau sangat gemar berbual atau bersiul ketika bersiap untuk berjualan. Abah the Daddy baru letak telefon. Panggilan kecemasan barangkali. Arakian, aku pun terdiam bersama. Selalunya aku bermurai-muraian apabila pulang dari mengaji. Mak the Mother menunjukkan wajah kerisauan. Mak the Mother macam nak menangis tapi ditahan mungkin. Maklumlah, Abah the Daddy tak suka orang menangis.

 
Aku perhatikan suasana tegang.

 
Secara drastiknya...

 
Abg Chot berbicara seketika dengan Abah the Daddy. Abah kata "itulah yang depa habaq sat-sat ni. OK kot. Tak teruk mana lah harap-harap tu"

 
Abah the Daddy mula sibuk dok kemas barang2 untuk berjualan. Paling thrill bila Abah the Daddy simbah kuah sup ke tanah. Waktu tu Abah the Daddy and Mak the Mother peniaga sepenuh masa. Meniaga mi. Macam2 mi ada...2 macam je pon - mi kuah dan mi goreng...banyak jenis kan? lebih dari satu dikira banyak la...kalau nak mi lain,request je,Abah the Daddy pasti akan turutkan. Beliau sangat sayang akan pelanggan beliau. Mak the Mother pulak sangat sibuk packing baju. Mak the Mother kalu t memanggil adik aku yg cute tu, rambut depan berpotongan sama dengan fesyen rambut bulat. Ish, bila la rambut budak ni nak panjang sikit? Asyik pendek ni je (aku membebel). Adik aku disiap rapi. Aku diarahkan tukar baju. Dalam otak aku dah terfikir untuk long vacation. Ish, bukan cuti sekolah time tu...

 
Lepas habis mengemas segala bagai barangan utk berjualan pada ketika itu, Abah the Daddy pon bersalaman dgn Abg Chot...Masing2 berucap selamat dan dan berharap semuanya baik belaka....

 
Dalam kereta, Mak the Mother bagitahu aku sesuatu:

 
                    " Abang Fendy accident kat Terengganu, la ni kita nak pi Kuantan. Abang ada kat Hospital Kuantan"

Aku terkejut. Adoi. My beloved brother accident. Aku memang rapat dengan abang aku. In fact, aku banyak dipengaruhi dia. Before gerak ke Kuantan ,kitorang singgah kampung dulu. Time tu aunty aku baru bersalin anak sulung dia. Kesian pulak dia kena berpantang seorang diri. Apakan daya, keadaaan memaksa. After dah inform kat tok ayah and tok semua, kami gerak terus ke Kuantan. Dah la jauh ke Pantai Timur, handphone pon xde lagi time tu. Apa-apa yang bernama update memang tidak wujud ketika itu, unless public phone je yang ada.

Dalam perjalanan, Mak the Mother and Abah the Daddy berbual....

MtM: Agak2 adik macamana?
AtD: Ala dia tu hero. Patah tangan atau kaki je kot.
Mtm: Depa habaq dia accident dgn apa?
AtD: Hhmmm (ni kalau aku habaq ni, gerenti dia nak suro aku sampai cepat kat Kuantan ni...) aaaa...lori pickup kot
MtM: Lori? Ish....betul2 la
AtD: Ya la lori....tak teruk kot. Dia langgar lori,bukan lori langgar dia...dia naik motor je...x remuk aih lori tu....
MtM: Memangla lori tak remuk my love, tapi anak kita kot yang remuk nnt....jauh lagi ke Kuantan?

Selepas 9 jam drive (kira laju la tu Abah the Daddy drive-time tu highway is called long-way) kami sampai Kuantan.

Sesampainya di Kuantan....orang Petronas (abang aku keje Petronas Carigali that time), doktor from Petronas merangkap best friend abah aku, and beberapa specialist lain sambut abah aku. Mak the Mother aku dah gelabah. Bila tengok bilangan yang menunggu ketibaan kami tubukan calang2 orang, dengan wajah yang tension, Mak the Mother cepat menangkap sesuatu yang sumthing fishy...

"Mesti teruk kan?" Mak the Mother tanya Dr. Yunus (kawan Abah the Daddy)
Dr. Yunus angguk je...
"Mana dia?"
"Kat ICU, Fendy koma"

Waktu tu terserlah ketabahan Mak the Mother...sikit pun dia tak emosional...Relax je masuk pi tengok hero dia nan satu itu...Memang terkejut tengok abang aku. ICU penuh....abang aku diletakkan dalam wad biasa tapi kelengkapan tambahan menyerupai ICU dipasang kat dia. Badan dia bentan...saiz sama besaq ngn katil...Perghhhh,nampak sangat dah,gerenti lori tu dirempuh abang...

Klau orang kata hati perempuan hati tisu, haaaa,hati lelaki hati tepung jagung....kena ayaq, habis larut....kalau tisu ada gak saki baki,tapi tepung jagung,huhtak nampak apa dah...

Abah the Daddy, tanpa segan silu, menangis bila tengok hro dia terlantar. Mak aku mestilah nangis tapi dia takde la nak meraung,tapi abah memang dah tak tahan sebab doktor banya communicate dengan abah... Rupa-rupanya abang takdak harapan dah.

Kenapa takdak harapan?

Kondisi abang aku time tu...

Kepala terhentak kuat
Saraf tunjang terjejas teruk
Darah beku di kepala sangat banyak
Kecederaan anggota lain tak obvious sangat sebab semua bergantung pada sistem saraf

Major problem : Saraf tunjang

Doktor nak operate, tapi kelengkapan tak cukup...Hospital yang maju ketika itu adalah HKL je...

Rezeki abang aku memang murah, dia memang bernasib baik.

Hari ke-3 kat Kuantan,
Petronas aturkan heli straight from Kuantan to HKL

Sampai HKL, terus operate....rawatan intensif....tapi, abang aku still tunjuk tanda2 harapan yang tipis. Still koma....Mak sedih, abah hiba...Aku & adik - kami too young...cuma menangis sebab abang yang ceria diam membisu dengan nafas yang ketat,alat bantuan pernafasan yang berselirat - dulu peralatan perubatan tak secanggih sekarang...ventilator tak secanggih sekarang....sekarang semuanya maju....

After 18days koma...abang aku sedar....tapi....

[to be continued...]

Saturday, July 24, 2010

Baby yang baik

Selamat Pengantin Baru

Before start entri ni....aku nk ucapkan Selamat Pengantin Baru kepada kawan aku Aina dgn pasangannya Kodek...Baru tadi aku tau member geng 'Guar Napai' aku ni kawan dan telahpun selamat diijab kabulkan dengan senior sekolah aku rupanya...Ish, sungguh tak budiman diriku ini...Kawan-kawan pun tak kenal. Mujur si Aina tak dekeh kepala aku bila aku dengan bangganya menyatakan aku tak kenal Incik Suami beliau...Okey,aku doakan kalian bahagia dan berkekalan ke cicit piut....haaa, panjang kan....nampaknya dah berkuranglah ahli jemaah kantin yang masih single...hehehe....

Aina & Kodek

*******

Petang tadi, after gerak dari kenduri Aina, terus memecut laju ke BLM. Stop jap kat Fairy (trusy me: ini adalah kedai kek yang paling best, Secret Rescipe pun kalah)...Beli buah  kek tangan. Apa yang ada kat BLM sehingga aku memecut laju sebegitu rupa?

Ju'a: Aina, aku nak gerak dulu...
Aina: Awatnya?
Ju'a: Aku nak pi lawat Alea...dengar kata anak dia dah boleh berlari
Aina: Hang dah lambat la weyh...anak dia dah masuk sekolah dah pun
Ju'a: Hah? Alamak, lambatnya aku...Hmm, kena pi cepat la ni...Hahahaha...

Kawan aku dah bersalin lebih sebulan dah, baru la aku sempat pi melawat...Tak rugi aku pi melawat...ada sorang mamat ensem...Serius ensem...Sebab terlalu ensem, aku sampai terlupa nak capture gambar dia. Tapi aku sempat berkenalan dengan dia. Nama dia, Encik Firas...Umur...haaa memang sesuai dengan aku...33...hari....Sesuai kan? Hehehehe....

Dia memang bayi yang baik...dia langsung tak kacau parents dia sepanjang kami bersembang...Tak tau la kot dia sebenarnya tak mau bukak mata kot sebab takut jatuh hati dengan aku barangkali..siapa tahu kan?

Bila dah tengok ramai kawan-kawan yang dah bertukar status, aku tertanya sendiri...bila pulak turn aku nak tukar status ni? tetttttt.....who knows?

p/s: Cik Jenny, next week jom pegi Mona pulak....oh no!aku dah addicted to Perlis....

E.N.D









Wednesday, July 21, 2010

Hikmah

Kecewa?

of course terasa...1 sebab fail exam...sayang dowh,duit beratus melayang tapi tak pass..sakit hati dan mental terdera dek penangan subjek investment & finance...aku memang dah pangkah subjek ni sejak degree lagi...memang aku tak suka tapi apakan daya aku turuti jua sebab ingat fobia tu dah takde...rupa-rupanya tidak....fobia itu masih lagi menebal dalam jiwaku...

aku ingat lagi zaman study dolu-dolu...bila kelas investment je,aku tak akan ponteng walaupun gerak hatiku berkata jangan pergi...sebabnya walaupun aku masuk kelas tu, aku bikan digest pon apa yang dia ajar...semua nih  sebab skandal aku laaa...dia yg kata paper tu susah...so aku dah set dalam minda paper tu susah...tapi bukan bererti bila aku tau benda tu susah aku tolak terus...TIDAK...motto hidup aku 'NEVER SAY NO TILL YOU TRY'...so sebab tu aku tak penah tuang kelas investment...haaaaa see...baik kan aku...namun,dengan usaha keras aku itu...aku hanya mampu score B je utk paper tu...kira ok la kan...tak digest pon at least pass the exam and grad...

Sampai rumah je tadi terus tengok anak angkat...kesian...dia lapar...bagi makan frieskies...nah terus tersadai tepi dinding kekenyangan...lepas ni mesti dia dah tak layan ikan kembung rebus Mc Leyna....jika itu terjadi,aku takkan maafkan diriku...tujuan aku ambil anak angkat adalah sebagai tindakan kawalan biologi untuk menghalau tikus...tapi setakat ni dah nampka dah...tujuan tu langsung tak tercapai...malah anak angkat ku itu dah dapat gelaran Lady dah pon...dilayan sepertiu tuan puteri gayanya....

ok ok...sudah....

lepas bab kucing,terus grab telefon...call Inche nun jauh di sana....biasa laaaaa....nagging sikit kat dia...wat gaya merajuk2 sikit....lepas dipujuk seayat dua...aku pon ok....then aku pun cerita la yang aku fail exam, dia tak marah...buat apa dia nak marah?kalau dia marah, aku akan marah dia balik...macam ahli keluarga aku yang lain jugamdia bersetuju untuk buat konklusi bahawa 'ADA HIKMAH DISEBALIK PERISTIWA 20072010'

post-mortem dibuat....hasilnya:


  • aku boleh stay kat sp lagi dengan abang and adik...tak payah tinggal depa sendirian
  • mungkin boleh build career aku yang sedia ada...keje sekarang ni dah banyak masa lapang..so boleh tumpu dengan free lance aku
  • mungkin sebab sp teguh di hati barang kali....jodoh di sini barangkali? who knows?
  • aku belum ready nk pikul tanggungjawab lain - Allah takkan duga hambanya jika hambanya itu tak mampu...kan?
alang-alang dah free sekarang, sesiapa yang ada job untuk aku especially untuk prepare account or filing segala bagai dokumen utk akaun korang ke,just contact me...drop je kat comment ni...nnt aku akan call korang...dun hesitate to do so...

ok lah....banyak pula merep mlm2 ni....

nak angkat masakan kat cafe pulak....customer ramai time2 cenggini....hehehe

daaaaaa

p/s: to my lil sis...dun give up...ada chance tu...trust me...gud luck...luv u....

E.N.D

Dua PuLuh Julai Dua Ribu Sepuluh

Stress is my middle name....the name took the title as my first name on 20th July 2010....wanna know why?

Let start the day with a little smile...

Woke up this morning with full hearted of 'cuak'...Night before,study change to 'studo'...Everything i read can't be digested anymore...FULL!....Finally, switch off the lights and sleep...dream of ultraman fight the monster....what the nightmare! So, on 20th July, with fresh mind,try to remember all the formulas and all of the rules and regulation read for few weeks...move to exam hall.

Before reach the exam hall (hall ke?), I lost! Imagine,lost in Penang...OMG...all the road shows the sign of "ONE WAY STREET"-which means no turning back...hahaha...u have to round the island 1 more time then u will get to the place u wish...that is 1 thing....lost in Penang....

Secondly,get the parking @ BHL Tower, pay RM4.80 - Parking for whole day...Alhamdulillah....i get parking at the nearest entrance at least...it reduce my 'cuak' little bit.

9.00 am sharp-exam starts....the questions? dun ask....if u are not well prepared about finance and investment...please...don't go...or else,u will be like me....frankly speaking...I FAILED THE EXAM....so sad...it was about few years I've been never failed in exam (i mean a proper exam except the exam for entering govt sector)...

after the first exam, i wait for the second paper...it is not my luck today...I FAILED THE SECOND PAPER. OMG, wat happen to u Ju'a? Failed back-to-back...hehehe....

Third....what the day-lah...on the way back home, i met a small accident...hit the divider just because dun wan to hit a stupid car in beside me...poor my car....luckily there is no scratch on it...ALHAMDULILLAH.

1,2,3 and 4.....reach home....after maghrib, I go for therapy...enjoy window shopping...suddenly i saw a scale...without think twice...i step on it and insert 20sen....the result? hahaha...of course adverse (nah,amik ko...still terbayang nota finance) 


conclusion: 20th July 2010 is not my lucky day at all except that my mother just send me lifeline...and 1 more thing, my english very poor today is because of the date...hahahaha

Wednesday, July 14, 2010

Chronicles of procrastinate by me...

Pernah dengar atau lihat:

"Procrastination is the thief of time" ???

Arakian ceritanya bermula pada awal bulan yang lalu...

Aku dah terima buku-bukuan dari kawan baruku....namanya tidak diketahui...seorang lelaki...aku hanya tahu no. fon dia je...ewah,nama tak tahu tapi no fon boleh pulak ko ada ye ju'a....kih3...

Buku tu mamat tu bagi sebab nk suro aku attend satu exam ni...exam apa? aku pn xtau nk cerita macamana...yang pasti kalau pass, masa depan mungkin akan cerah sikit la lepas ni...

OK, kalau nk pass exam, kita kena study...'Membaca Jambatan Ilmu'...haaa, dari kecik kita dah diajar dgn pepatah tu...

BUT...aku ni dah jadi pemalas sejak tamat musim traffic tax itu hari...adoi, nampak buku macam bantal...mau pulak buku tu ada unsur2 law/rules and regulation/circular...

adoyai...
baru baca 2 baris, gerenti selamat....selamat malam,tidurlah sayangku.....bak kata faizal tahir.

hari ni, aku tgk kalendar...Masya Allah, dah 14 Julai....aku ada lagi 6 hari je nak work-out benda alah tu...tak tahulah sempat atau x...tup-tup tadi Inche yg sponsor exam aku tu call pulak...hati mula cuak...

Inche: nor, saya ni...
Aku: yes,why Inche?
Inche: where are u now?
Aku: office laa..why?the exam is next week right?
Inche: yes,I just nk inform u,exam centre had been change...i will let u know asap...be ready for the exam ok...try ur best...
Aku: ok...i'll try...btw,Inche,i feel so nervous laa...120qs only right?
Inche:yes...120 only....i know u can

-click-

adoi....bila dia kata dia yakin aku boleh,tersirap darah aku...aku mula putar balik memori aku untuk 13 hari yg lalu...macam2 lagho aku wat...Bukit Merah, Bukit Hijau (lalu je), Sedim, KL, Tapah, Penang, Konsert Estranged (ni layan sound check je)..HSAH?(ni bukan salah aku,doctor yg suro pi)...shopping, terapi...dan macam2 lagi aku dah buat sepanjang 2 minggu tu....kini....

kini baru ku sedar...aku dah banyak melagho & membangau...

barulah aku tersedar akan pepatah "PROCRASTINATION IS THE THIEF OF TIME"

NAH! padan muka hang...kalu pasni korang tgk aku macam x sihat...asyik nmpk org pakai skirt je...haaa,itu tandanya aku ngantuk...sebab? harap2 sebab aku study nilah...ish...memang sbb study la tu....kih3...

Tapi...masih belum terlambat....aku akan kejar semua buku2 tu....ala,suro baca je pon...kalau novel A+B aku boleh khatam dalam masa 2 hari...,majalah ujang boleh je khatam 3 sekaligus dalam setengah hari...inikan pulak buku2 itu...(pergh,riak nye hg...)

ada je novel yg aku x khatam...beli je,baca langsung tak...contohnya: Lagenda Budak Setan..siap printed cover ngn muka farid kamil n Lisa surihani...Mencari Khalidah..yg tu cover dia langsung aku tak ingat...Laskar Pelangi, ada lagi separuh kot...macamana ni?aku harap buku2 untuk exam tak akan jadi senasib seperti novel2 tersebut...kih3....

aku tau,balik ni mesti adik kesayangan aku akan berikan semangat 100%+110% utk aku supaya aku fokus ngn buku2 tersebut....

Credits to my lil sis...dia mmg banyak bg semangat kat aku...termasuk utk misi yg skrg ni...yg start 10072010 aritu...

ok lah....dah nak abih break time ni....

nak pi gosip pulak....

p/s: mlm ni ada BIG DADDY...macamana ni? tanduk dah tumbuh....

E.N.D

Sunday, July 11, 2010

Cita-cita saya

Mood: sayu sikit....

last week makcik aku tanya aku...

cik puan: apa cita2 hg nor?
cik ju'a: hehehe...(dengan tertunduk malu) DOKTOR.
cik puan: abih tu awat hg jd akauntan la ni?
cik ju'a: haishhhh,waktu sekolah dulu main terlampau,bila result dah kuar...nah amik kau...semua subject sains sangat tidak membanggakan...just maths+english+accounts je yang cun...so,abah dengan menggunakan kuasa veto-nya mengarahkan org mengambil diploma akaun.
cik puan: mmg minat ke?
cik ju'a: mana ada...tapi,bila fikir secara positifya,lebih baik buat betul2...mungkin ni mmg rezeki org.
cik puan: hg score kan?
cik ju'a: ok la...ada jugakla 2-3 kali dapat autograf encik dean....org kira fokus sikit la sebab nk redeem kekantoian semasa zaman sekolah dahulu kala...

**************----------------------*********************

dulu aku pernah sembang ngn mak the mother...waktu tu kami kat hospital...mak aku warded that time...sambil tgk patient2 lain mak aku kata kesian sesetengah patient xde org nk mai teman...
kadang2 bila baca paper,ada je news cerita tentang anak2 yg tinggalkan parents kat hospital then langsung x penah mai jenguk dah...gaya macam hospital tu adalah kampung halaman mereka...mmgla hospital tempat kalian dilahirkan,namun ibubapa anda tidak tinggalkan kalian disana okey...hospital bukan rumah Sri Kenangan.

bila terbaca berita2 sedemikian, aku terpikir sesuatu...akhirnya menjadi cita2 aku selepas kegagalan mengejar cita2 jadi puan doktor...aku nak buka Pusat Jagaan Ibu bapa....konsep macam nursery laaa...kiranya aku jaga parents kalian sepanjang kalian bekerja...

cadangan servis yg aku bakal provide:

  • bawak parents kalian ke hospital/klinik utk medical check up
  • urus makan minum diorg
  • jd teman bergosip bersembang
  • teman depa lakukan hobi depa

bukannya apa,parents kita,semakin tua mereka semakin mahukan perhatian...tapi kalau semua anak2 bz,x boleh nk kata apa...but,kita kena fikir juga apa kehendak depa naaa...

kalau depa boleh jaga kita,korban duit beribu antar kita pi nurseri bertahun2,tak pun upah bibik jaga kita,why not,kita balas budi baik mereka cara ini pulak.

bukan kita xmau jaga depa tapi sebab kita x punya masa nak lakukan sedemikian...

aku suka nk jaga org tua2 ni...mungkin sebab aku dah xde siapa lagi utk dijaga wat masa ni...siblings aku semua dah pandai jaga diri niri

dahla....aku nk semak akaun pulak...pastu nk study sikit...aku ada xm lagi next week...2 paper...doakan aku ye....

p/s: GERMANY menang 3-2 dgn Uruguay....dengan rasminya GERMANY tempat ke-3 WC 2010 ok... next target: GERMANY win the title @ brazil 2014

E.N.D