Tuesday, August 10, 2010

Kehadiran yang dinanti

11 Ogos 2010 bersamaan 1 Ramadhan 1431. Ini bermakna kita sebagai umat Islam diwajibkan berpuasa. Ingat ye, DIWAJIBKAN...Ala,tak lama mana pun. 30 hari je. Kalau terasa 30 hari tu lama sangat, jangan sebut 30 hari. Sebut je 1 bulan. See, 30 banyak, 1 sikit je. Hmmm, 10 Ogos drama bersiri terbaru bermula. Lagenda Anak Budak Setan the Series. Aishh, bulan puasa ok...Kurangkan hiburan, banyakkan ibadat.

Cover buku je ni..Cover drama tiada sebab Farid tak passing kat aku lagi...

Aku ingat lagi zaman aku kecik-kecik dulu. Bulan puasa memang heaven. Paling best time petang. Mau pulak time lepas Asar,dalam pukul 4.50 petang. Haaa, time ni la aku dan rakan-rakan (lelaki la) pi beratoq kat surau tunggu agihan kanji (bubur lambuk). Perghhh, sedap bubur dia. Semua tempat dalam satu SP, bubur surau kitorang la yang  paling best. Orang dari luar wilayah pun ada yang datang beratur semata-mata nak ambil bubur tu.


Kanji a.k.a Bubur Lambuk

Yang paling best waktu aku kecik dulu, time solat terawih. Event ni sangat penting. Kira siapa tak attend,esok pegi sekolah,dia dikira budak jahil seterusnya rugi. Kenapa jahil? OK, dulu geng-geng sepermainan aku semua memang suka main Pop Kuiz. Kira terkena aura Aznil Hj. Nawawi la ni. Kami takkan tanya siapa penyanyi popular ataupun pelakon terbaik. Tidak sama sekali. Soalan yang akan ditanya adalah:

Siapa imam malam tadi?
Surah apa yang paling banyak dibaca selain Al-Fatihah?
Malam tadi dapat moreh berapa bungkus?
Ustaz tu pesan apa malam tadi ntah pasal kelebihan malam ni?

Haaa,hanya orang yang attend je dapat jawab soalan sedemikian. Kenapa rugi kalau tak attend? Mestilah rugi kalau tak attend sebab dapat moreh yang best. Sebulan puasa,maka sebulan la korang boleh menikmati juadah yang enak kat surau tu. Siap ada nasi tomato, nasi minyak, roti canai, nasi ayam dan segala bagai jenis nasi dihidangkan. Rugi laa siapa tak attend. Lagi satu, the end of solat, kadang-kadang tok imam tu ceramah sikit. Kadang ceramah tu pasal fardhu ain. So,selain boleh terap dalam dada masing-masing, ilmu pada malam tersebut boleh jadi bekalan nak jawab exam Pendidikan Islam nanti. Untung kan kepada sesiapa yang attend terawih kat surau kitorang.

Aku suka berpuasa. Puasa baik untuk kesihatan. Bagi aku yang overweight ni, puasa adalah sebahagian untuk aku amalkan diet yang seimbang. Meh aku cerita sikit pasal puasa dan diet.

Bagi orang yang nak berdiet, seseorang itu harus berpuasa agak lama. At least seminggu sebelum nak nampak kesan puasa tu. Kira kalau puasa sehari dua tak berbaloi la. Kalau nak nampak perubahan fizikal atau berat berkurang kenalah berpuasa lama sikit. Lepas tu kenalah jaga pemakanan. Lebih elok kalau bukak puasa makanlah murtabak+nasi tomato ayam berempah+ayaq Pepsi.Kahkahkah...

Ada kajian baru-baru ni. Saintis test kat atas tikuih (tikus)-aku tengok kat wiki...
Sebuah kajian yang agak baru ke atas tikus mendapati bahawa berpuasa selang sehari, dan memakan dua kali ganda lebih banyak pada hari-hari tidak berpuasa memberikan kawalan insulin yang lebih baik dan ketahanan neuron daripada kecederaan. Kesan-kesan ini hampir sama dengan tikus-tikus yang diberi diet kalori terhad. Ini mungkin bermakna berpuasa selang sehari merupakan satu alternatif kepada pengehadan kalori untuk hidup yang lebih sihat dan lama.

Hmmm, apa lagi,berpuasalah. Banyak kebaikan berpuasa. Boleh berjimat sebab makan ala kadar je waktu berbuka. Pastu boleh jaga kesihatan dan kecantikan because "fasting is the best diet".

Antara kelebihan lain berpuasa:
  1. memberi kerehatan kepada perut untuk meningkatan kecekapan
  2. menghancurkan sisa-sisa racun atau toksik di dalam darah manusia
  3. mengurangkan/menghapuskan ketagihan terhadap arak dan rokok
Hasilnya, kesihatan manusia akan bertambah baik. Berat badan dan risiko-risiko penyakit yang berkaitan dengan kegemukan dapat dikurangkan, dan umur seseorang itu boleh bertambah panjang.

OK lah...selesai dulu sesi kaunseling kesihatan dari saya, Dr Juha Arddnan Burn. Jumpa lagi dalam sesi yang lain.hehehehe....

Selain kesihatan, kebaikan lain ketika bulan puasa...
Meningkatkan daya kreativiti bershopping. 
Ni semua perempuan jadi lebih expert. Cuba tengok mak-mak kita. Time raya ni la mereka jadi wanita shopaholic. Sibuk match baju raya anak-anak, baju raya bapak-bapak curtain rumah. Curtain rumah la yang best. Ruang tamu tema lain, bilik pulak lain-lain tema. Tema bilik kena ikut jantina anak. Habis satu rumah digroomingnya. Hasil grooming tu pulak takkan mengecewakan. Tinggi nilainya berbanding kos yang bapak bagi.

Bagi family aku, Abah the Daddy yang memainkan peranan yang penting dalam penetuan tema atau program raya. Kalau dia kata kat Mak the Mother supaya jangan hias rumah sangat,maknanya kami sekeluarga akan beraya luar daerah. Contohnya mungkin kami akan berlawan arus. Raya ke KL,ataupun balik kampung je. Tapi sekarang ni,aku tak berapa nak fikir bab raya. Takde Mak the Mother atau Abah the Daddy untuk meraikan bersama. So tak perlu kecoh-kecoh bab hiasan rumah mahupun jamuan raya. Yang ada aku, Abang the Hero + Adik yang Cute....Setakat kami 3 orang, ketupat yang diberikan jiran pun dah cukup...kih kih kih....Tapi baju raya aku 3 pasang tahun ni...apakah ertinya itu?Kan dah cakap,perempuan memang expert bersoping..keh keh keh....

OK, ni aku bubuh last-last...banda ni penting. Bak orang kata save the best for the last. Betoi ke?

Puasa bulan untuk kumpul tiket ke syurga.
Berdoalah banyak-banyak,bulan Ramadhan sangat hebat. Mustajab segala doa. Insya Allah akan dimakbulkan. Pintu langit sentiasa terbuka kepada hambaNya yang beriman lagi bertaqwa. Kalau  kita buat solat wajib dengan complete + sunat (terawih,taubat,hajat,rawatib,tahajjud,istikharah) yang banyak, Masya Allah, ganjarannya cukup hebat. Time ni la kita nak compete kumpul harta akhirat. Kita hanya perlu compete dengan nafsu dan akal kita je time ni. Kalau time biasa,competitor kita jahat. Setan selalu je kacau line kalau kita nak buat ibadat,tapi kalau time ni,semua competitor kena kuarantin. Semua hak urusniaga hanya diberikan kepada bumiputra sahaja..Hmmmm, fikirkan...takkan nak lepaskan tender gandaan pahala kot. Rebutlah sementara stok masih ada.

Tapi ingat naaaa, jangan takat bulan Ramadhan je jadi baik, bulan lain pon kena la kerja kuat jugak.

OK lah...nak pi check lokasi bazaar Ramadhan area SP ni...senang nak atur schedule lepas ni...Assalamualaikum....

Salam Ramadhan


E.N.D

4 comments:

Note: Only a member of this blog may post a comment.