Friday, December 21, 2012

Telefon bimbit

Assalammualaikum

Salam Jumaat yang indah lagi permai...

apa khabar kawan-kawan...?
minat baca novel tak?
kalau minat, apa kata pegi MPH atau Popular and grab the wedding breaker. best cerita tu.

tahukah anda?
50,000 tahun sebelum Allah ciptakan bumi, jodoh dan takdir kita telah Allah sediakan.
sayangnya Allah kepada kita kan? 
ok, kalau nak tahu lebih lanjut, go get the book.

Kalau rasa nak rasa beruntung lagi, baca buku untuk semua dosaku pulak ye...
kepada yang selalu bersosial, pegang-pegang tangan, dating tak tentu arah, lagi teruk kalau bersekedudukan, better grab this novel. lagi mengancam. terbaek wa cakap lu.

saya nak beli henpon baru
(sila abaikan segala masalah tatabahasa dalam entry saya)
saya dah ada smart phone. walaupun kadang2 rasa macam stupisphone tapi dia tetap membantu saya. tolonglah saya buat wise decision. wajarkah saya beli handphone baru. untuk makluman semua, saya jenis yang sangat kedekut untuk diri sendiri. so tolonglah suggestkan kepada saya model yang masuk akal. adalah diingatkan wang bulanan yang CEO bagi kat saya adalah untuk saya menunaikan tanggungjawab sebagai family-girl.

kalau beli nokia cokia ok x? sesuai la kan dgn imej kedekut saya...right?

to my adik, i rasa henpon biasa dah ok kot.
i tahu diri i macamana.
i takut kerana telefon bijak,
i jadi bodoh-kpi jatuh-keje terabai-gaji tak naik-kontrak terganggu-tetap?-takut hilang segalanya-tolong jangan marah.

trivia: kalau anda memandu dengan kelajuan 90-110 km/jam dan pecut 130-140km/jam bagi 20 minit tanpa henti, anda mampu sampai ke SP dari KL dalam masa 3 jam 45 minit.

sekian.

tesco time

YEAY! CUTI!




Sunday, November 25, 2012

Rambut panjang pun takpe!

Assalamualaikum

How's ur day yaa???

Happy weekend... Selamat pengantin baghu kepada sesiapa yang kawin time-time cuti sekolah cenggini... Ish, kalian telah menanamkan suatu fakta kepada pelajar sekolah bahawa cuti sekolah adalah untuk kahwin =p

Actually sejak dua menjak ni aku rajin pergi jalan-jalan. mengenali malaysia tercinta. tapi sebab lepas jalan-jalan dah jadi letih dan kepokaian akibat keborosan yang terlampau, maka tak sempat nak share dgn korang sekelian. Ewah, bajet macam aku ni travelogger pulak... hahahaha... ok, perasan is my fourth name.

memandangkan p. ramlee cakap barang yang lepas usah dikenang, maka aku takmau la over2 cerita pasal:
cameron highland yang ada Habu yang cantik
Sg. Congkak yang sangat permai
Nilai 3 khusus untuk orang yang nak kahwin 1st, second, third waima fourth time sekalipun. 
Beruas yang ada jual kain baju yang cantik dan murah. 
Kenanga Wholesale City yang sesuai untuk blogger expand business.
Sogo yang tak reti jual barang mahal-mahal. 
Jalan TAR tak pernah caj parking murah-murah!
Perlis? Ada hospital yang cantik dan ada M/O yang baik hati -------> ok, M/O tu aku dah cup. HAHAHAHAHA

Next week kan, 1 Disember kan???? Aku dah heret miss yana dan kawan beliau serta doktor partner in crime aku dan juga kawan2 seopis yang turut menjadi partner in crime setiap hari untuk ke Bukit Broga. Yes!

Kepada sesiapa yang selalu skip makan ubat, hati-hati next week mungkin pharmacist akan naik bukit tu unutk check korang makan ubat ke dak. Sesiapa yang lari dari cukai, hehehe jangan risau...aku bawak satu batalion untuk chase korang yang tak declare cukai. Untuk keselamatan dan kesihatan aku, aku bawak doktor sorang untuk naik bukit tu.

Tak lupa jugak aku bawak engineer sorang. Aku bawak dia sebab dia nak lawat tapak kat seri kembangan. alang-alang dah nak lawat tapak, aku nak heret dia sekali naik bukit tu...

So, korang yang free next week...Jom la naik bukit broga minggu depan... Jom la jom la...

ok, babai dudlu setakat ni... Nak pergi market dah and nak melawat aunty terchenta before kejar flight balik kl satgi...

Take care, wassalam.

P/S: Takde cerita pasal rambut pun kan? Next time lah!

Ardd Adnan


Sunday, August 26, 2012

SELAMAT HARI RAYA

Assalammualaikum

Selamat hari raya kepada semua muslimin serta muslimat sekelian.

Saya dengan rendah hati, ingin memohon maaf zaahir dan batin kepada semua sanak-sanak saudara, sahabat handai, kawan-kawan, jiran-jiran dan sesiapa yang mengenali diri ini.

OK, nak guna 'aku' lah ye... Saya tu terlalu formal. Nanti nak kena bukak kamus untuk linguistik yang lebih mengancam. Hehehe...

So, how was u'olls punya hari raya?

Mine? Fantastic! Awesome but little bit spoilt because of little misunderstanding.

Raya first aku dan adik-beradik as usual ziarah pusara parents tercinta. Starts with Sg. Petani then terus jalan-jalan ke Penang. Dah sampai kat Penang pergilah ziarah cousin yang cute yang dah kahwin dan yang sedang pening nak arrange time untuk kahwin. Aku faham kalau family aku memang bermasalah dengan nak arrange masa. Almaklumlah semua bekerja memang jarang ikut waktu pejabat. Melainkan aku yang berdaftar sebagai kakitangan kerajaan. Tambahan pulak cik kak sorang ni memang tak kerja kat Malaysia negara terchenta niiii.

Tengah sembang-sembang pasal baju kahwin, haaa, apa lagi mestilah cerita pasal nak fitting baju kawen dengan mekap. Mulalah keluar nama wedding planner yang macam-macam. Tapi dah nama pun kami semua ni stay in Penang, maka wedding planner pilihan mestilah Jalinan Kasih (ye, yang harga agakla mahal tu). Tapi family aku memang suka pi situ jugak. Cuma kali ni lebih extreme bila my cuzin ambil full package dengan JK ni. Nanti bila dah langsung majlis aku upload gambar untuk tatapan semua. Kot-kot la boleh jadi pencetus idea untuk korang pulak lepas ni.

Lepas habis cerita bab wedding planner, timbul pulak nak kuruskan badan and ada pulak nak shaping badan.

Teruslah keluar nama Herbalife. Hehehe...Sangat teruja. Maklumlah aku baru nak berjinak-jinak guna Herbalife. Bila tengok cousins aku semua pun guna produk ni, terasa lebih selamat. Semangat untuk terus menggunakan tu jadi terlampau berkobar-kobar. Dahsyat dak? (OK, itu sebelum jemputan rumah terbuka diterima) hahahaha...

Buat masa ni aku guna HL. Bab nak shaping badan, dah tentulah cousins aku pilih PB. Aku memang ada benda alah tu...tapi aku ni pemalas. Maaflah my fren Puan Odah, aku memang tak hard-up la nak sarung benda alah tu pagi-pagi sebab aku selalu overslept dan terlewat maka terkalut nak berkejan ke opis yang jauh tu,.... tapi never mind. cousins aku dah ajar cara effective untuk guna PB dengan lebih baik...

So, harap-harap bulan disember ni aku dah 'kecut' sikit. Hahahaha... nak pi JK la mekap untuk jadi flower girl.

Banyak lagi hal raya ni.

Ada kisah open house yang kitorang jemput 600 orang tetamu. ish, kalau aku kawin time open house, mesti jumat belanja kawin nanti....hahaha Nanti aku aku aku...eh macam mamat khalid.... aku sambung lain. bab raya jugak la...

OK...BABAI!

Tuesday, July 3, 2012

R.I.N.D.U

tajuk macam jiwang...

entry ni pun lahir sebab tak tau dah nak buat apa... actually ada je file yang aku bawak balik dari opis petang tadi...tapi biasalah, cik nuradzuha adnan memang tak suka mengadu...so, jangan harap nak buat report untuk mengadu kes kepada bos.

tadi tengok drama destined heart. sumpah! aku dah kena addict dengan telenovela filipina... rasa nak gelak kat diri sendiri pun ada... aku sanggup tak tengok csi, ncis, hawaii dan sewaktu dengannya....malah aku tidak lagi berkunjung ke mana-mana shopping complex pada waktu malam...kira orait la kan....penjimatan menyeluruh.... tengok astro pun free... abg fendy yang kautim dengan incik astro.

bila aku dok sorang-sorang, mulalah terasa nak menapak ke hentian duta lalu membeli tiket pulang ke sp...namun, apakan daya...masa tak akan kembali...hancur musnahlah semuanya....

eh, salah, namun apakan daya esok kerja...

aku setiap detik rindukan family aku...dan dia....

bila dok sorang-sorang lagilah kronik....rasa macam nak pi dok dengan yana...kami berdua kalau dok sekali, orang akan kata kami kawan, bukannya adik beradik sebab kalau becakap hang-aku je... kalau orang lain dok kakak-adik bagai...ngan aku, kalau yana panggil kakak, arghhhhhh, aku muda lagi ok.hahaha

kalaulah....

mak dan abah aku ada lagi time camni, mesti la ni abah aku tengah gayut fon dengan aku...pastu bila aku dah nangis, drama sebabak akan disambung pulak dengan mak... silap haribulan, esok pagi mak and abah dah ada depan rumah....

kalau mak and abah still ada....


mesti sabtu ni, aku, mak, abah, yana, fendy, danial and alin (alin tinggaila...dia suka nangis------------>ahak) akan minum teh bersama-sama kat cameron...pastu mak mesti akan cuba sedaya upaya memujuk abah untuk belikan buah oren, jagung, strawberi, cendawan goreng, sotong goreng, and yang paling penting ubi rebus ala2 korea untuk yana... and ofkos, abah akan sibuk menyusun boot kereta sebab gadis-gadis kesayangan beliau dah ter...terbeli banyak benda kat cameron tu....

tapi tu semua kalau....

yang pasti setelah dapat kerja yang elok ni, aku memang nak abah and mak ada bersama....kepada yang ada ibu bapa, baliklah jenguk depa... takat seratus dua travel expenses, apalah sangat...nanti bila depa dah takdak, duitberibu raban pun tak best mana....


p/s: yana. nanti tangkap gambar makan ubi rebus pastu tag nama danial ok! hehehehe

Monday, April 16, 2012

Tips temuduga

hi everyone!

assalamualaikum.

hari tu ada keluar iklan job di LHDN kan? jawatan penolong pegawai eksekutif.

ada sesiapa yang apply? aku tau ada yang apply tengah baca entry ni. takpe, bagus-bagus. teruskan membaca.

ok, setahu aku jawatan tu untuk mengisi kekosongan staff tetap. maklumlah makin hari makin berkembang struktur pentadbiran di LHDN.

kalau sesiapa yang dapat panggilan temuduga tu nanti, be prepared ok. jangan prepare ala kadar. aku tahu, kalau dah rezeki, tak prepare pun akan dapat, contohnya kalau ada cable bagai. tamau, tamau macam tu. kita kena buktikan yang kita tebaik sebab tu kita dapat kerja tu. bukannya apa, kesian kat panel yang interview kita tu sebab lepas sebulan atau 2, panel tu akan dipanggil semula dan ditanya kenapa dulu dia pilih kita. kalau kerja kita bagus, panel tu akan dapat credit, tapi kalau kerja kita tak bagus, nanti panel tu pulak dapat problem. so, kita kena jaga nama orang lain sama ok.

ok, ok...dan ok sekali lagi.

apa yang kita patut isi dalam dada kita time nak attend interview?

1. educated.
ni yang paling penting. biarlah kita berkelayakan. semua prinsip akaun, accounting treatment untuk perniagaan sekecil menjual aiskrim malaysia dari tingkap rumah sehinggalah kepada akaun sebesar yang tersenarai di bursa saham. semua tu kita kena tau. lepas tu make sure faham akta syarikat 1965, akta cukai pendapatan 1967, ITA, RA, DTA, public rulling dan bajet tahun semasa dan 3 tahun kebelakang.

2. jawatan tu untuk diploma je, takkan nak tahu menyeluruh kot?
mestilah. sebabnya nanti bila dah tengok akaun, takdenya dia tag tepi item tu (untuk pegawai yang ada diploma je)...

3. soft skill
jangan dok tunjuk pandai sangat. kalau over confident nanti panel menyampah. sebab dia tahu u just tahu cakap besar. bukan tau buat kerja. be carefull. kena pandai berinteraksi, jaga tone dan nada suara. dictation kena clear, tahu cara yang sopan untuk menjawab soalan and of course jangan singgung hati panel.

4. personaliti
pakai baju lawa-lawa, kemas, jangan striking sangat warna baju tu. kalau bertudung labuh, pin tundung tu kemas-kemas. kalau tudung tak labuh, jangan singkat sangat. biar nampak cantik dan tidak menjolok mata. bagi yang free hair, kemaskan rambut lawa-lawa. jangan warna rambut if u Muslim. tak proper. unless u dah tua, then pakai inai untuk tutup uban.

5. berdoa
doa, ikut style masing-masing. doa aku selalu macam ni:
'ya ALLAH, jika ini terbaik untukku, pastikan ianya untukku, jika ia tidak baik untukku, keluargaku dan agamaku, jauhkanlah ia dari ku dan tenangkan aku agar aku ikhlas terima keputusan ini.' amin!

ok, aku rasa tu je kot yang aku boleh share. kalau nak tahu soalan bocor interview, pm je aku nanti.hehehe...

ekceli ni bukan untuk jawatan kat lhdn je. kat tempat lain pun boleh apply. aku dah selalu buat macam ni. alhamdulillah, aku dapat je job-job tu semua, cuma antara nak terima atau tidak atas sebab-sebab yang lain pulak. contohnya keadaan ekonomi dan struktur sesebuah syarikat pulak. takut nanti bila dah kerja, syarikat tu tak potong epf ke, takde insurans utk pekerja ke...haaa, kalau takde benefits, jangan kerja. nanti rugi kita balik. kesian kita dan family kita.

to everyone, best of luck. study ok... jangan main fb sangat. nanti sedih. (mood kecewa bila tengok fb semalam) keh3...

p/s: amacam exam juruaudit sabtu lepas? best tak?

Sejak 10 tahun yang lalu

Kau melihat diriku
Seperti sesuatu
Yang mencabar dirimu
Akal dan mindamu

Kau mendustaiku
Kau bilang mereka tak tahu
Siapa diriku
Sedangkan kau juga begitu

Segala kata cacian
Yang telah engkau berikan
Membuatku rasa kosong kosong

Setiap detik diperhatikan
Kau cari cara putar belitkan
Kau jadikan diriku kosong kosong

Kini aku bangkit
Membuktikan yang ku tak sakit
Dengan segala perit yang kau berikan
Kini aku pantas berjalan
Bergerak ke hadapan
Dan akan ku buktikan
Siapa diriku yang sebenar
Oo Oo
Kosong kosong

Segala kata cacian
Yang telah engkau berikan
Membuatku rasa kosong kosong

Setiap detik diperhatikan
Kau cari cara putar belitkan
Kau jadikan diriku kosong kosong

Segala kata cacian
Yang telah engkau berikan
Membuatku rasa kosong kosong

Oo Ooo

Sedatif

Jika kita mendengar kata – kata yang tidak patut dari kenalan kita atau kita ada terbaca tulisan yang memburukkan diri kita, maka berikanlah kemaafan. Apabila ada seseorang mencemuh diri kita, mencaci kita, mengejek kita, merendahkan kita, serta menyakiti kita, maka maafkanlah mereka.

Mengapa kita mesti memberi maaf atas seluruh kejahatan ini? apa manfaatnya?

Allah berfirman,
“..hendaklah mereka memaafkan serta melupakan kesalahan orang-orang itu; tidakkah kamu suka supaya Allah mengampunkan dosa kamu? Dan ingatlah Allah Maha Pengampun lagi Maha Mengasihani”. (An-Nuur 24 : 22)

Oleh itu marilah kita cuba menjadikan diri kita seorang pemaaf, orang yang pemaaf ini pastinya akan dikasihi oleh sesiapa sahaja dan yang paling penting bukan sahaja dikasihi oleh manusia, tetapi kita juga akan dikasihi oleh Allah SWT.

p/s: jumpa pesanan ni di FB. Teringat kat ustaz di sekolah aku dulu, dia selalu pesan benda ni. rahsia awet muda katanya...alhamdulillah, memang mujarab benda ni.