Monday, April 16, 2012

Tips temuduga

hi everyone!

assalamualaikum.

hari tu ada keluar iklan job di LHDN kan? jawatan penolong pegawai eksekutif.

ada sesiapa yang apply? aku tau ada yang apply tengah baca entry ni. takpe, bagus-bagus. teruskan membaca.

ok, setahu aku jawatan tu untuk mengisi kekosongan staff tetap. maklumlah makin hari makin berkembang struktur pentadbiran di LHDN.

kalau sesiapa yang dapat panggilan temuduga tu nanti, be prepared ok. jangan prepare ala kadar. aku tahu, kalau dah rezeki, tak prepare pun akan dapat, contohnya kalau ada cable bagai. tamau, tamau macam tu. kita kena buktikan yang kita tebaik sebab tu kita dapat kerja tu. bukannya apa, kesian kat panel yang interview kita tu sebab lepas sebulan atau 2, panel tu akan dipanggil semula dan ditanya kenapa dulu dia pilih kita. kalau kerja kita bagus, panel tu akan dapat credit, tapi kalau kerja kita tak bagus, nanti panel tu pulak dapat problem. so, kita kena jaga nama orang lain sama ok.

ok, ok...dan ok sekali lagi.

apa yang kita patut isi dalam dada kita time nak attend interview?

1. educated.
ni yang paling penting. biarlah kita berkelayakan. semua prinsip akaun, accounting treatment untuk perniagaan sekecil menjual aiskrim malaysia dari tingkap rumah sehinggalah kepada akaun sebesar yang tersenarai di bursa saham. semua tu kita kena tau. lepas tu make sure faham akta syarikat 1965, akta cukai pendapatan 1967, ITA, RA, DTA, public rulling dan bajet tahun semasa dan 3 tahun kebelakang.

2. jawatan tu untuk diploma je, takkan nak tahu menyeluruh kot?
mestilah. sebabnya nanti bila dah tengok akaun, takdenya dia tag tepi item tu (untuk pegawai yang ada diploma je)...

3. soft skill
jangan dok tunjuk pandai sangat. kalau over confident nanti panel menyampah. sebab dia tahu u just tahu cakap besar. bukan tau buat kerja. be carefull. kena pandai berinteraksi, jaga tone dan nada suara. dictation kena clear, tahu cara yang sopan untuk menjawab soalan and of course jangan singgung hati panel.

4. personaliti
pakai baju lawa-lawa, kemas, jangan striking sangat warna baju tu. kalau bertudung labuh, pin tundung tu kemas-kemas. kalau tudung tak labuh, jangan singkat sangat. biar nampak cantik dan tidak menjolok mata. bagi yang free hair, kemaskan rambut lawa-lawa. jangan warna rambut if u Muslim. tak proper. unless u dah tua, then pakai inai untuk tutup uban.

5. berdoa
doa, ikut style masing-masing. doa aku selalu macam ni:
'ya ALLAH, jika ini terbaik untukku, pastikan ianya untukku, jika ia tidak baik untukku, keluargaku dan agamaku, jauhkanlah ia dari ku dan tenangkan aku agar aku ikhlas terima keputusan ini.' amin!

ok, aku rasa tu je kot yang aku boleh share. kalau nak tahu soalan bocor interview, pm je aku nanti.hehehe...

ekceli ni bukan untuk jawatan kat lhdn je. kat tempat lain pun boleh apply. aku dah selalu buat macam ni. alhamdulillah, aku dapat je job-job tu semua, cuma antara nak terima atau tidak atas sebab-sebab yang lain pulak. contohnya keadaan ekonomi dan struktur sesebuah syarikat pulak. takut nanti bila dah kerja, syarikat tu tak potong epf ke, takde insurans utk pekerja ke...haaa, kalau takde benefits, jangan kerja. nanti rugi kita balik. kesian kita dan family kita.

to everyone, best of luck. study ok... jangan main fb sangat. nanti sedih. (mood kecewa bila tengok fb semalam) keh3...

p/s: amacam exam juruaudit sabtu lepas? best tak?

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.