Sunday, November 27, 2011

DOAMU UNTUKKU...terima kasih

assalamualaikum

hari ni tak mau peduli hurup kecik mahupun hurup besar.

yang pasti aku masih mengenali hurup.

tanggal 23 november, sesuatu telah mengusutkan fikiran dan keadaan aku. adoyai.

24 oktober yang lalu, aku berdoa macam ni:

YA ALLAH, KALAU JAWATAN INI BAIK UNTUKKU, KELUARGAKU SERTA AGAMAKU, TENTUKANLAH IA UNTUK AKU...SEKIRANYA IA MEMANG UNTUKKU, BAGILAH AKU LULUS TEMUDUGA INI.

tiba-tiba, sebulan kemudian....

nama aku naik kat dalam list calon yang berjaya. aduh. aku ingat tak lepas sebab aku banyak melawan time temuduga.alih2 lepas.

alhamdulillah. syukur kepada ALLAH. ini bermakna aku tak mensia-siakan apa yang mak and abah bagi dulu. at least aku dah berjaya dapat jawatan yang baik. malah aku berterima kasih kepada semua siblings aku yang banyak bagi semangat kat aku untuk menghadiri temuduga itu. tetapi waktu drive menuju ke destinasi yeay yeay...(mood ct tetiba muncul), abang yang hensem serta adik2 aku yang comel dan nakal ada bertanya begini:

NAK KAMI DOAKAN DAPAT KE TAK JAWATAN NI?

see, soalan yang bernas. aku kata doa yang best. aku rasa doa mereka dimakbulkan ALLAH. maklumlah, mereka berdua baik. malah abang aku doakan aku berjaya dalam apa jua yang aku nak buat. ternyata hijab mereka sejarang kelambu. maka doa mereka dimakbulkan.

gembira? 

mestilah aku gembira. dah berapa kali aku apply jawatan ni, panggil interview pun tak pernah dapat. ni sekali diinterview, terus dapat. rasa sangat gumbira, bangga dan susah hati pun ada.

susah hati bukan alang kepalang sedikit.

kalau aku terima jawatan ni:

abang aku (encik hero) macam mana?
macamana adik kesayanganku nak urus semua? dia dah banyak tanggungjawab. masalah pejabat/kilang pun aku rasa dia dah kena absorb, ni aku nak tambah lagi satu masalah kat dia iaitu masalah keluarga aku kat dia
anak-anak aku macam mana? bullu dan cheeck kian membesar. mereka makin nakal. kadang-kadang kacau rumah jiran. yang paling aku risau kalau depa kena eksiden. oh no! anak mak!

aku dah tanya adik aku pasal benda ni, dia kata pi la. ini demi menjamin masa depan keluarga. memang, kami hanya hidup biasa-biasa. hidup kami bukan hidup senang sangat. sekadar cukup. kiranya kami hidup diiringi hutang jugak la. tapi alhamdulillah, kami takde hutang tertunggak. semua ikut schedule. kalau buat loan audit, hutang kami memang cun. nak drag dalam HP Schedule pun senang je.

adik aku dah bagi green light. kakak aku pun on je. makcik aku yang aku gelar THE GUARDIAN pun bagi je aku pi. makanya, dengan peluang yang depa bagi, aku akan pi. aku dengan ini buat keputusan aku akan berhijrah. setelah 27 tahun 9 bulan, inilah keputusan paling besar yang pernah aku buat dalam hidup aku. aku memang serah semuanya pada ALLAH. aku yakin ALLAH akan jaga adik dan abang aku sepanjang ketiadaan aku disisi mereka.

aku janji dengan diri aku, aku akan cuba limpahkan kesenangan kat kekasih aku yang berdua ni. (cik yana and encik fendy, i love u all)

insya Allah, aku akan sentiasa 3G dengan depa. serius, sangat berat hati nak meninggalkan mereka. 

tetapi apa-apa pun, keputusan belum muktamad. banyak benda lain nak kena consider. hal pejabat sekarang pun aku nak kena fikir habis2. tak leh main redah macam tu je. hal company au nun di pulau pinang di sana, aku kena setelkan financial statement secepat mungkin. takkan nak tinggai macam tu je. aku janji, audit report utk AR 30/6/2012 lssb akan tetap keluar pada masa yang ditetapkan.

kepada yana, terima kasih banyak-banyak. nur tak tau macamana nak balas jasa yana. kalau yana dapat keje kat kl, yana pi tau. nur takkan berkira dah ngan yana. thanks sebab selalu doakan untuk nur.

fendy, terima kasih banyak2. abg dah banyak tolong nur. nanti nur bawak abg pi travel ok. nur doakan abang sihat selalu, panjang umur dah makin pulih. jaga diri elok-elok ye.

kak nisah, thanks. tolong jaga yana and fendy ye. walaupun nur tahu yana lebih strong dari nur.

ish, sedih la...nak pi ke tak ni?

mak and abah, terima kasih!