Thursday, July 14, 2011

Anak Bongsu Kak Lah

Tersebutlah alkisah...aikkkkk...Tersebutlah al kisah sang firaun jadi sultan. Mana firaun pakai sultan...

Hari tu adik aku kata dia dalam dilema. Dia dapat kerja yang offer lebih baik dari sedia ada. Tiap-tiap hari dia balik kerja dia akan bertanya soalan yang sama disertai jawapan sekali.



Q: Aku patut berhenti ke tak?
A: Aku rasa aku patut berhenti. Kerja baru dekat dengan rumah. Sep duit transport

See, dia tanya dia jawab. Aku sekadar berdiri dan senyum untuk dengar kepetahan dia bercakap.

Tak sampai 2 saat dia akan cakap lagi,

Tapi nanti kat kilang baru, sapa nak tolong aku. Nanti dah tak de abg jon (abg jon ni teknisen dia-semua benda jon buat, kira kalau ikut logika akal jon ni kira co-rngineer adik aku)

Aku akan jawab,

Ala, nanti ada abg lain.

Dia akan diam sat. Suap nasi semulut dua, dia akan tanya lagi. My loving sis ni akan sentiasa bertanya. Memang dari azali lagi camtu. Dia tanya, dia jawab. Kalau orang jawab benda negative dia macam tak percaya. Dia akan try untuk tengok negative tu takat mana. Nanti aku explain kat angpa semua.

Nur, nak kawtim ke atau resign je?

Bincangla dulu. Cuba bagitau apa yang hg tak berapa puas hati. Mungkin bos hang boleh kawtim (sumpah aku kalau boleh tamau guna word ni. Semua Hazama punya pasal)

Semalam pun issue yang sama ditanya. Malah pagi ni pun soalan lebih kurang. Dalam hati aku dapat mengagak dia takkan resign. Kilang tu masih banyak dia boleh explore. Tempoh sebelas bulan tak mungkin dapat bagi kepuasan kat dia untuk belajar.

Alih-alih tadi dia bagitau aku,

TAK JADI RESIGN. BOS UP GAJI PLUS BENEFIT

Alhamdulillah....

See, kan aku dah kata. Aku tak kisah pun dia tukar ke tak. Yang aku risau kalau dia pi kerja naik motor. Sumpah risau. Macam mak kucing hilang anak, macam tu lah perasaan aku time tunggu adik aku sampai rumah selepas warna langit dah bertukar hitam. Allah je yang tahu betapa aku takut dengar bunyi telefon. Kalau ringtone lain dari sofaz atau shahir, sungguh hati aku tak suka dengar bunyi fon kalau adik aku belum sampai rumah. Malah telinga aku juga geli kalau dengar bunyi fon...Keh3...Tapi kalau fon bunyi dan papar nama incik ehem, hati kadangkala berbunga riang------------->ok keluar tajuk!

OK, bab adik aku akan try untuk tahu senegatif mana sesuatu perkara itu:

About 20 years ago....
 

1 day mak aku iron baju abah. Si Yana ni aim je kelakuan mak aku. Dia aim je. Bukan nak tolong. Mak aku pun tak bagi aih dia tolong. Iron zaman dulu, 2kg kot. Kalau Yana angkat, mau tertungging. Keh2..

OK, dia aim sambil tengok muka mak aku dan berganti dengan iron. Dia macam tak puaih hati. Mak tanya nak tolong ke? Dia geleng sambil sengih. Tetiba abah panggil mak. Mak pun tutup suis iron. Sebelum mak pi kat abah, mak kata kat Yana,

"Jangan pegang tau. Hangat seterika ni. Nanti sakit tangan"

Selepas mak melangkah pergi, Yana pi kat mak sambil menunjuk jari dia kat mak lalu berkata;

"Mak, angat fuhhh angat"

Keh keh keh....Dia pegang jugak iron tu. Dia ingat mak sembunyi nikmat pegang iron dari dia. Sejak tu dia macam anti sikit dengan iron. Kalau nampak iron, dia akan lencongkan arah perjalanan dia. Fobia la konon...Itu 20years ago la...Lani dia dah ok. Engineer kot...

P/S: Tahniah Yana.