Thursday, February 17, 2011

Perginya Kekasih Hati

Thamia @ Tam...

Setiap pagi, seawal 7.00 pagi, Thamia akan ketuk meragaih kat tingkap. Bila dah kronik aku akan cakap,

" Tam, Tom, pi ikot depan kaih. Satgi Nor bukak pintu"

Tak dan aku nak buat apa, depa dah terpacak depan pintu sambil mengetuk dan mencakar pintu. Bila dah buka je pintu, Tam akan meluru masuk seolah-olah dikejar makhluk huduh. Dia akan stop tiba-tiba hingga brek meleret. Maklumlah, takde ABS Break.

Tom suka makan ayam. Tambah-tambah kalau ayam dicuri. Laig enak rasanya. Mau pulak ayam tu dicuri dalam keadaan penuh cabaran macam gaya Tom Cruise curi virus dalam kebuk wasap, penuh dramatik dan aksi. Bagi Tam, kalau dapat rezeki dengan bertungkus lumus, makanan tu akan rasa lebih enak dan bila makan akan terasa lebih mengenyangkan.

Tadi bab makan. Sekarang bab kesukanan. Tam adalah pemain bola yang cekap. Pantang aku sidai kain dan sepit terjatuh dari ampaian. For sure sepit tu akan dijadikan bola. Tom akan menggelecek bola tersebut lebih hebat dari gaya si CR7. Perghhhh, terer betul beliau main footclip.

Tam memang penyayang tapi jenis tak tunjukkan kasih sayang beliau.Yang nyata dia memang prihatin. Kalau Tom sakit, Tam akan cuba menenangkan Tom. Kalau aku yang sakit, dia akan cuba cari pasal dengan aku agar dia turut disakiti. Penyayang kan? Korang jangan harap Tam akan menggesel-gesel seperti kucing  lain dengan gaya penuh keghairahan serta keinginan untuk mengawan (eh, macam kelas bio dah ni).

Tam akan datang kalau dipanggil tetapi dia tidak akan merapati. Cukup sekadar datang depan aku dan tunjuk muka. Lepas tu dia akan sambung kerja dia semula. Kerja apa? Kerja menyemak samunkan rumah aku. Kadang-kadang dia akan ubah susun atur perabot dalam rumah kalau dia rasa kedudukan tu tak best bagi dia.

Kini, Tam dah takde. Satu pagi yang suram, aku bangun tido dan terus bukak pintu rumah.

"Ayang, ayang...mai kaih mai kaih..."

Tak nampak rupa Tam pun. Tom je yang datang. Aku panggil lagi....

"Tam, Thamia....Ayang....."

Tiba-tiba, Tom menggesel kat kaki aku seolah-olah ajak aku berjalan...Adik aku bagitau aku ada kucing mati. Dan kucing itu adalah Tam. 

Sedih betoi laaaa...Dah lah aku dah daftar dia untuk sesi tadika next year. Siap daftar bawah kelas pemulihan sebab Tam bergaya seperti budak disleksia. Baru aku faham kenapa 2-3 hari sebelum tu Tam rajin menggesel ekor kat aku. Siap mai lepak dengan aku atas katil lagi. Kadang-kadang dia kerap lepak kat jendela bilik aku.

Rupa-rupanya dia dah nak 'pergi'. Aku mengangis lagi kerana kucing. Aku sayang dia macam aku sayang orang. Makan minum dia aku jaga macam jaga makan minum orang. Siap bagi mandi pakai sahmpoo mahal ok. Kini tiada lagi teman bergaduh untuk aku dan Jenny. Yang tinggal hanyalah Tom. Tom pun dah jadi macam tak tentu arah. Mungkin dia nampak Tam dilanggar. Dia kerap tengok tempat kejadian.

Kini Tom menjadi kucing jelita tunggal dalam rumah aku. Ada 3 ekor anak kucing baru kat rumah aku. Tam tak suka mereka, namun ada seekor warna macam Tam, maka aku putuskan untuk bela kucing-kucing tu. Tom terima seadanya.

Hopefully Tam bahagia kat sana.Huhuhuhu

P/S: Thamia dalam kenangan 2010 - 17/02/2011

E.N.D