Sunday, November 25, 2012

Rambut panjang pun takpe!

Assalamualaikum

How's ur day yaa???

Happy weekend... Selamat pengantin baghu kepada sesiapa yang kawin time-time cuti sekolah cenggini... Ish, kalian telah menanamkan suatu fakta kepada pelajar sekolah bahawa cuti sekolah adalah untuk kahwin =p

Actually sejak dua menjak ni aku rajin pergi jalan-jalan. mengenali malaysia tercinta. tapi sebab lepas jalan-jalan dah jadi letih dan kepokaian akibat keborosan yang terlampau, maka tak sempat nak share dgn korang sekelian. Ewah, bajet macam aku ni travelogger pulak... hahahaha... ok, perasan is my fourth name.

memandangkan p. ramlee cakap barang yang lepas usah dikenang, maka aku takmau la over2 cerita pasal:
cameron highland yang ada Habu yang cantik
Sg. Congkak yang sangat permai
Nilai 3 khusus untuk orang yang nak kahwin 1st, second, third waima fourth time sekalipun. 
Beruas yang ada jual kain baju yang cantik dan murah. 
Kenanga Wholesale City yang sesuai untuk blogger expand business.
Sogo yang tak reti jual barang mahal-mahal. 
Jalan TAR tak pernah caj parking murah-murah!
Perlis? Ada hospital yang cantik dan ada M/O yang baik hati -------> ok, M/O tu aku dah cup. HAHAHAHAHA

Next week kan, 1 Disember kan???? Aku dah heret miss yana dan kawan beliau serta doktor partner in crime aku dan juga kawan2 seopis yang turut menjadi partner in crime setiap hari untuk ke Bukit Broga. Yes!

Kepada sesiapa yang selalu skip makan ubat, hati-hati next week mungkin pharmacist akan naik bukit tu unutk check korang makan ubat ke dak. Sesiapa yang lari dari cukai, hehehe jangan risau...aku bawak satu batalion untuk chase korang yang tak declare cukai. Untuk keselamatan dan kesihatan aku, aku bawak doktor sorang untuk naik bukit tu.

Tak lupa jugak aku bawak engineer sorang. Aku bawak dia sebab dia nak lawat tapak kat seri kembangan. alang-alang dah nak lawat tapak, aku nak heret dia sekali naik bukit tu...

So, korang yang free next week...Jom la naik bukit broga minggu depan... Jom la jom la...

ok, babai dudlu setakat ni... Nak pergi market dah and nak melawat aunty terchenta before kejar flight balik kl satgi...

Take care, wassalam.

P/S: Takde cerita pasal rambut pun kan? Next time lah!

Ardd Adnan