Sunday, August 26, 2012

SELAMAT HARI RAYA

Assalammualaikum

Selamat hari raya kepada semua muslimin serta muslimat sekelian.

Saya dengan rendah hati, ingin memohon maaf zaahir dan batin kepada semua sanak-sanak saudara, sahabat handai, kawan-kawan, jiran-jiran dan sesiapa yang mengenali diri ini.

OK, nak guna 'aku' lah ye... Saya tu terlalu formal. Nanti nak kena bukak kamus untuk linguistik yang lebih mengancam. Hehehe...

So, how was u'olls punya hari raya?

Mine? Fantastic! Awesome but little bit spoilt because of little misunderstanding.

Raya first aku dan adik-beradik as usual ziarah pusara parents tercinta. Starts with Sg. Petani then terus jalan-jalan ke Penang. Dah sampai kat Penang pergilah ziarah cousin yang cute yang dah kahwin dan yang sedang pening nak arrange time untuk kahwin. Aku faham kalau family aku memang bermasalah dengan nak arrange masa. Almaklumlah semua bekerja memang jarang ikut waktu pejabat. Melainkan aku yang berdaftar sebagai kakitangan kerajaan. Tambahan pulak cik kak sorang ni memang tak kerja kat Malaysia negara terchenta niiii.

Tengah sembang-sembang pasal baju kahwin, haaa, apa lagi mestilah cerita pasal nak fitting baju kawen dengan mekap. Mulalah keluar nama wedding planner yang macam-macam. Tapi dah nama pun kami semua ni stay in Penang, maka wedding planner pilihan mestilah Jalinan Kasih (ye, yang harga agakla mahal tu). Tapi family aku memang suka pi situ jugak. Cuma kali ni lebih extreme bila my cuzin ambil full package dengan JK ni. Nanti bila dah langsung majlis aku upload gambar untuk tatapan semua. Kot-kot la boleh jadi pencetus idea untuk korang pulak lepas ni.

Lepas habis cerita bab wedding planner, timbul pulak nak kuruskan badan and ada pulak nak shaping badan.

Teruslah keluar nama Herbalife. Hehehe...Sangat teruja. Maklumlah aku baru nak berjinak-jinak guna Herbalife. Bila tengok cousins aku semua pun guna produk ni, terasa lebih selamat. Semangat untuk terus menggunakan tu jadi terlampau berkobar-kobar. Dahsyat dak? (OK, itu sebelum jemputan rumah terbuka diterima) hahahaha...

Buat masa ni aku guna HL. Bab nak shaping badan, dah tentulah cousins aku pilih PB. Aku memang ada benda alah tu...tapi aku ni pemalas. Maaflah my fren Puan Odah, aku memang tak hard-up la nak sarung benda alah tu pagi-pagi sebab aku selalu overslept dan terlewat maka terkalut nak berkejan ke opis yang jauh tu,.... tapi never mind. cousins aku dah ajar cara effective untuk guna PB dengan lebih baik...

So, harap-harap bulan disember ni aku dah 'kecut' sikit. Hahahaha... nak pi JK la mekap untuk jadi flower girl.

Banyak lagi hal raya ni.

Ada kisah open house yang kitorang jemput 600 orang tetamu. ish, kalau aku kawin time open house, mesti jumat belanja kawin nanti....hahaha Nanti aku aku aku...eh macam mamat khalid.... aku sambung lain. bab raya jugak la...

OK...BABAI!