Monday, April 16, 2012

Sedatif

Jika kita mendengar kata – kata yang tidak patut dari kenalan kita atau kita ada terbaca tulisan yang memburukkan diri kita, maka berikanlah kemaafan. Apabila ada seseorang mencemuh diri kita, mencaci kita, mengejek kita, merendahkan kita, serta menyakiti kita, maka maafkanlah mereka.

Mengapa kita mesti memberi maaf atas seluruh kejahatan ini? apa manfaatnya?

Allah berfirman,
“..hendaklah mereka memaafkan serta melupakan kesalahan orang-orang itu; tidakkah kamu suka supaya Allah mengampunkan dosa kamu? Dan ingatlah Allah Maha Pengampun lagi Maha Mengasihani”. (An-Nuur 24 : 22)

Oleh itu marilah kita cuba menjadikan diri kita seorang pemaaf, orang yang pemaaf ini pastinya akan dikasihi oleh sesiapa sahaja dan yang paling penting bukan sahaja dikasihi oleh manusia, tetapi kita juga akan dikasihi oleh Allah SWT.

p/s: jumpa pesanan ni di FB. Teringat kat ustaz di sekolah aku dulu, dia selalu pesan benda ni. rahsia awet muda katanya...alhamdulillah, memang mujarab benda ni.

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.