Showing posts with label Stress. Show all posts
Showing posts with label Stress. Show all posts

Wednesday, January 19, 2011

Saya Bukan Ikan

Assalamualaikum....

Anda sihat? Saya sihat walafiat. Cuma selalu rasa mengantuk menjelang petang. Saya rasa macam ada majlis khas pulak bila guna saya-anda...Tak kamcing arr macaam ni...

Aku rindu korang...(ewah, macam ramai je dok baca blog ni hari-hari kan)...Takpe, biar aku perasan sorang-sorang. Hehehehe

Hari ni aku mula dengan kehappy-an yang sangat tinggi. Bos masuk bagi souvenier. Lepas tu bos balik awal. Lagi la bertambah kegembiraan. Double Happiness omputih kata.

Souvenir tu ada unsur cengkerang. Lupa nak snap real picture. Ganti ni je la OK!

Namun, kusangka hujan hanya rintik tapi tsunami pulak yang melanda. Ketika aku pulang dari kerja, aku lepak-lepak kat kedai makan ni. Tak makan pun. Cuma rasa tertarik untuk singgah sebab nak main dengan cucu tuan punya restoran ni. Baby itu sangat menawan. Kategori Prince Charming. Handsome kan?

Sambil main-main, aku sembang dengan makcik kedai tu...

Aku:  Makcik, ada bakat dak? (sambil aku mendukung bayi dengan gaya ibu prihatin)
Makcik: Uih, ada aih. Dah cukup serba-serbi dah bakat tu. Tunggu apa lagi? Kawin la cepat.
Aku: Ala makcik, takde calon lagi la.

Tiba-tiba.....(ada seorang lelaki yang aku tak kenai)

"Alahai, dok memilih apa lagi tak tau. Orang kalau dah time ni, kawin je. Ikan pun orang tak simpan lama-lama. Inikan pulak orang. Ikan kalau simpan lama-lama nanti busuk."

Uihhhh, cantiknya bahasa! Dia samakan aku dengan ikan?

Ikan ni ke? Kalau ikan ni, mesti aku dapat kawin Putera raja nanti

Mujur aku ni kaya dengan nilai murni. Kalau tak mesti aku dah membalas dan berdebat dengan dia dalam restoran tersebut.

Persoalannya:

  1. Salahkah aku kahwin lewat?
  2. Lewat sangatkah?
  3. Siapakah dia yang nak komplen aku kawin lambat?
  4. Dia nak sponsor majlis aku ke kalau aku nak kawin nanti?
  5. Aku terlalu memilih?
  6. Apakah pilihan yang aku ada sekarang?

Banyak lagi persoalannya sebanarnya. Aku akui aku susah nak suka kat orang. Bak kata Pak Cik Mike, girls never forget their first love. Aku pun begitu.

Kepada Incik itu, jangan main sedap mulut berkata-kata. Aku sendiri dah cukup bersabar dengan wife anda. Aku faham niat dia untuk melawak. Tapi tak perlu sampai tahap nak samakan orang dengan ikan yang akan membusuk. Melawak ada hadnya. Aku tak kisah melawak kasar. Kalau anda dah kenal aku 2-3 tahun at least, takpelah jugak. Ini nama anda pun aku tak tahu, anda berlagak macam anda kawan lepak saya. Saya takut anda bukan jadi kawan lepak tapi kawan lempang!

Kepada puan isteri incik itu, aku minta maaf. Aku tak suka suami anda dok cakap lepas dengan aku. Aku tak kenal dia pun.

P/S: Aku memang jenis lawak. Kalau tak percaya boleh tanya kawan-kawan aku.Jangan ingat aku sensitif. Cuma aku terasa hati sebab benda ni jadi depan pelanggan restoran tu. Malu la aku. Aku perempuan normal yang tinggi nilai murni. Aku rela bangun dalam LRT kalau nampak makcik/pakcik tua/ ibu mengandung takde tempat duduk OK! I'm sorry kalau ada sesiapa terasa hati. Oh ya,saya dah maafkan pihak yang terlibat.

E.N.D

Sunday, August 29, 2010

Angin-Near

Tahniah kepada Cik Lya..finally dah jadi cik engineer...Perghhh,bangga aku. Adik aku dah jadi engineer..Pada usia 21 tahun 7 bulan..Rasa rugi pulak dulu aku tak belajar betul-betul kat sekolah, kalau tak mesti aku dah jadi doktor...hikhikhik-perasan! (tapi tak salah kan kalau ada cita-cita sedemikian)...

Kalau tanya perasaan aku akan hal ini...hmmm, mesti lah happy. Tapi jauh di sudut hati aku risau. Ye la, budak kecik ni dok berulang-alik everyday...SP-Penang. Jauh jugak. Perempuan pulak tu. Naik motor sensorang dia, Selagi aku tak dapar sms dari dia yang membuktikan dia dah selamat sampai, aku memang tak akan berganjak ke opis (eceh,macam la aku selalu menapak awal ke opis)...Kalau waktu petang pulak, selagi tak dengar enjin motor dia kat depan rumah, mesti aku tak senang duduk. Mata aku sentiasa melilau tengok jam kat dinding berwarna-warni tu. Itu baru bab tunggu dia pergi dan balik keje.

Bila dia dah selamat sampai rumah, aku dok berharap dia bawak balik cerita happy je kat tempat keje dia. Bukannya apa, aku susah hati betul kot-kot kalau dia kena buli  ke, dera ke, kena buat kerja luar alam ke contohnya kot dia kena bawak forklift ke...ish tak ke kes niaya je tuh! At least aku terhibur jugak dengar cerita lawak dia tu. Kalau dengar cerita sedih nanti aku hilang sabar dan akhirnya aku akan bagi kesimpulan :

BERHENTI JE KEJE TU JENN!

Haaaa, senangkan aku buat keputusan? Alhamdulillah, setakat ni dia ok je aku tengok. Harap-harap kekal la dia kerja di situ. Dia tu tabah. So aku tak risau sangat. La ni, aku pulak nak pi cari lubang lain. Tapi kenalah sekitar town aku jugak. Aku memang tak boleh keluar dari Farmer's River ni. Ibaratnya seperti begini:

Kaki terpasak di Farmer's River, Kepala tergantung di langit SP...Haaaa, best kan? Jadi anak jati SP la aku jawabnya...hehehehe...

OK lah...aku nak complete akaun yang pending 10 tahun ni...Haisshhhh, betul-betul dah kaji sejarah dah aku ni...Create akaun 10 tahun lampau....

E.N.D

Wednesday, July 21, 2010

Hikmah

Kecewa?

of course terasa...1 sebab fail exam...sayang dowh,duit beratus melayang tapi tak pass..sakit hati dan mental terdera dek penangan subjek investment & finance...aku memang dah pangkah subjek ni sejak degree lagi...memang aku tak suka tapi apakan daya aku turuti jua sebab ingat fobia tu dah takde...rupa-rupanya tidak....fobia itu masih lagi menebal dalam jiwaku...

aku ingat lagi zaman study dolu-dolu...bila kelas investment je,aku tak akan ponteng walaupun gerak hatiku berkata jangan pergi...sebabnya walaupun aku masuk kelas tu, aku bikan digest pon apa yang dia ajar...semua nih  sebab skandal aku laaa...dia yg kata paper tu susah...so aku dah set dalam minda paper tu susah...tapi bukan bererti bila aku tau benda tu susah aku tolak terus...TIDAK...motto hidup aku 'NEVER SAY NO TILL YOU TRY'...so sebab tu aku tak penah tuang kelas investment...haaaaa see...baik kan aku...namun,dengan usaha keras aku itu...aku hanya mampu score B je utk paper tu...kira ok la kan...tak digest pon at least pass the exam and grad...

Sampai rumah je tadi terus tengok anak angkat...kesian...dia lapar...bagi makan frieskies...nah terus tersadai tepi dinding kekenyangan...lepas ni mesti dia dah tak layan ikan kembung rebus Mc Leyna....jika itu terjadi,aku takkan maafkan diriku...tujuan aku ambil anak angkat adalah sebagai tindakan kawalan biologi untuk menghalau tikus...tapi setakat ni dah nampka dah...tujuan tu langsung tak tercapai...malah anak angkat ku itu dah dapat gelaran Lady dah pon...dilayan sepertiu tuan puteri gayanya....

ok ok...sudah....

lepas bab kucing,terus grab telefon...call Inche nun jauh di sana....biasa laaaaa....nagging sikit kat dia...wat gaya merajuk2 sikit....lepas dipujuk seayat dua...aku pon ok....then aku pun cerita la yang aku fail exam, dia tak marah...buat apa dia nak marah?kalau dia marah, aku akan marah dia balik...macam ahli keluarga aku yang lain jugamdia bersetuju untuk buat konklusi bahawa 'ADA HIKMAH DISEBALIK PERISTIWA 20072010'

post-mortem dibuat....hasilnya:


  • aku boleh stay kat sp lagi dengan abang and adik...tak payah tinggal depa sendirian
  • mungkin boleh build career aku yang sedia ada...keje sekarang ni dah banyak masa lapang..so boleh tumpu dengan free lance aku
  • mungkin sebab sp teguh di hati barang kali....jodoh di sini barangkali? who knows?
  • aku belum ready nk pikul tanggungjawab lain - Allah takkan duga hambanya jika hambanya itu tak mampu...kan?
alang-alang dah free sekarang, sesiapa yang ada job untuk aku especially untuk prepare account or filing segala bagai dokumen utk akaun korang ke,just contact me...drop je kat comment ni...nnt aku akan call korang...dun hesitate to do so...

ok lah....banyak pula merep mlm2 ni....

nak angkat masakan kat cafe pulak....customer ramai time2 cenggini....hehehe

daaaaaa

p/s: to my lil sis...dun give up...ada chance tu...trust me...gud luck...luv u....

E.N.D