Aku terkejut. Adoi. My beloved brother accident. Aku memang rapat dengan abang aku. In fact, aku banyak dipengaruhi dia. Before gerak ke Kuantan ,kitorang singgah kampung dulu. Time tu aunty aku baru bersalin anak sulung dia. Kesian pulak dia kena berpantang seorang diri. Apakan daya, keadaaan memaksa. After dah inform kat tok ayah and tok semua, kami gerak terus ke Kuantan. Dah la jauh ke Pantai Timur, handphone pon xde lagi time tu. Apa-apa yang bernama update memang tidak wujud ketika itu, unless public phone je yang ada.
Dalam perjalanan, Mak the Mother and Abah the Daddy berbual....
MtM: Agak2 adik macamana?
AtD: Ala dia tu hero. Patah tangan atau kaki je kot.
Mtm: Depa habaq dia accident dgn apa?
AtD: Hhmmm (ni kalau aku habaq ni, gerenti dia nak suro aku sampai cepat kat Kuantan ni...) aaaa...lori pickup kot
MtM: Lori? Ish....betul2 la
AtD: Ya la lori....tak teruk kot. Dia langgar lori,bukan lori langgar dia...dia naik motor je...x remuk aih lori tu....
MtM: Memangla lori tak remuk my love, tapi anak kita kot yang remuk nnt....jauh lagi ke Kuantan?
Selepas 9 jam drive (kira laju la tu Abah the Daddy drive-time tu highway is called long-way) kami sampai Kuantan.
Sesampainya di Kuantan....orang Petronas (abang aku keje Petronas Carigali that time), doktor from Petronas merangkap best friend abah aku, and beberapa specialist lain sambut abah aku. Mak the Mother aku dah gelabah. Bila tengok bilangan yang menunggu ketibaan kami tubukan calang2 orang, dengan wajah yang tension, Mak the Mother cepat menangkap sesuatu yang sumthing fishy...
"Mesti teruk kan?" Mak the Mother tanya Dr. Yunus (kawan Abah the Daddy)
Dr. Yunus angguk je...
"Mana dia?"
"Kat ICU, Fendy koma"
Waktu tu terserlah ketabahan Mak the Mother...sikit pun dia tak emosional...Relax je masuk pi tengok hero dia nan satu itu...Memang terkejut tengok abang aku. ICU penuh....abang aku diletakkan dalam wad biasa tapi kelengkapan tambahan menyerupai ICU dipasang kat dia. Badan dia bentan...saiz sama besaq ngn katil...Perghhhh,nampak sangat dah,gerenti lori tu dirempuh abang...
Klau orang kata hati perempuan hati tisu, haaaa,hati lelaki hati tepung jagung....kena ayaq, habis larut....kalau tisu ada gak saki baki,tapi tepung jagung,huhtak nampak apa dah...
Abah the Daddy, tanpa segan silu, menangis bila tengok hro dia terlantar. Mak aku mestilah nangis tapi dia takde la nak meraung,tapi abah memang dah tak tahan sebab doktor banya communicate dengan abah... Rupa-rupanya abang takdak harapan dah.
Kenapa takdak harapan?
Kondisi abang aku time tu...
Kepala terhentak kuat
Saraf tunjang terjejas teruk
Darah beku di kepala sangat banyak
Kecederaan anggota lain tak obvious sangat sebab semua bergantung pada sistem saraf
Major problem : Saraf tunjang
Doktor nak operate, tapi kelengkapan tak cukup...Hospital yang maju ketika itu adalah HKL je...
Rezeki abang aku memang murah, dia memang bernasib baik.
Hari ke-3 kat Kuantan,
Petronas aturkan heli straight from Kuantan to HKL
Sampai HKL, terus operate....rawatan intensif....tapi, abang aku still tunjuk tanda2 harapan yang tipis. Still koma....Mak sedih, abah hiba...Aku & adik - kami too young...cuma menangis sebab abang yang ceria diam membisu dengan nafas yang ketat,alat bantuan pernafasan yang berselirat - dulu peralatan perubatan tak secanggih sekarang...ventilator tak secanggih sekarang....sekarang semuanya maju....
After 18days koma...abang aku sedar....tapi....
[to be continued...]
No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.