Sunday, December 15, 2013

Husnudzon a.k.a bersangka baik

Assalammualaikum.

Hi all readers. missed me a lot?(bersangka baik bahawa ramai org merindui aku)

Aku amat merindui kalian. Serius tak tipu! Tapi apakan daya BBS merupakan tempat paling heaven di kay-el di mana ada LRT yang pantas menghubungkan anda dengan Sogo tetapi memiliki jaringan internet yang paling perlahan malah kadang-kadang tiada langsung signal.

Tahukah anda kenapa tiada jaringan elektrik? Aaaaaa.... jangan kutuk internet provider.

Sebenarnya Celcom/ MAXIS/ DiGi mahupun provider lain tidak dapat menembusi pencakar langit yang ada sekitar BBS maka signal susah nak capai kat aku hat duduk di villa satu tingkat sekitar BBS.

Takpe, sikit pun aku tak kecik hati dengan internet provider. Sebab ketiadaan internet merapatkan hubungan aku dengan housemate aku.

Sebab?

Kalau ada internet konfem aku duk dalam bilik ngadap FB - tengok newsfeed pasal kenaikan harga barang - join kutuk gomen sebab kenaikan - post status tak puas hati - pastu tidur dengan hati busuk. Ewah!

H.U.S.N.U.D.Z.O.N

Tahu apa maksud perkataan tu? Aku first time dengar word tu di usia 29 tahun.

P/S: terima kasih  kepada adik tersayang sbb introduce word tu kat aku. Happy birthday. Semoga panjang umur dan murah rezeki selalu. Semoga cepat jodoh. Aku setuju je dengan pilihan hg tu. Aku yakin mamat tu baik utk hg. -------> husnudzon x aku?

Husnudzon bermaksud bersangka baik.

Mengapa Islam sampai menekankan pentingnya khusnudzdzan dan berfikir positif? 

Pertama: Kita harus khusnudzdzan dan berpikir positif karena ternyata orang lain seringkali tidak seburuk yang kita kira.

Kedua: Berbaik sangka dan berfikir positif dapat mengubah suatu keburukan menjadi kebaikan.

Ketiga: Berbaik sangka dan berfikir positif dapat menyelamatkan hati dan hidup kita

Keempat: Bersangka baik dengan setiap yang berlaku dan yakin bahawa Allah ada rancangan yang lebih baik untuk masa depan kita.

Ada juga yang bertanya aku kenapa aku selalu nampak seperti tiada masalah. Setiap orang ada masalah. Orang yang tiada masalah juga merupakan satu masalah. 

Aku ada masalah jugak. Aku pun bersedih jugak. Tapi things happened. Tak boleh undo. Just refresh and life has to go on. So, live happily. Redha dan tawakal. Lepas tu move on. Make sure bila move on haruslah live in healthy lifestyle. Insya Allah, u olls akan happy and awet muda. (aku bukan perasan muda tetapi aku perasan aku hidup aman bahagia) Hahahaha.

Kepada 'orang itu' yang selalu sakiti hati aku, don't worry. I always forgive you. Just remember hidup terikat dengan karma. Kita buat kat orang, nanti orang buat kita semula. Kepada 'orang itu' lagi, nanti kalau senang-senang, bacalah novel Lazuardi. Tumpukan kepada watak Ain. Ain itu mirip seseorang. Just think about it.


Selamat Hari Ahad. 

Takziah kepada pemandu lori yang terlibat dalam kemalangan semalam di KM 124. 

Take care, wassalam.